Hidup Nor Fizi, 45 tahun berubah 360 darjah selepas doktor mengesahkannya menderita kanser otak tahap empat. Dunia dirasakan seperti gelap dan hanya mampu rebah di bumi sebaik saja mendengar pengesahan doktor.
Cabaran sebagai ketua keluarga untuk menyara tiga permata dirasakan begitu berat. Banyak keperluan anak-anak dan isterinya terpaksa dihadkan. Tambahan pula, anak sulungnya masih bersekolah.
Manakan tidak, Fizi tidak boleh bekerja buat masa sekarang atas faktor kesihatannya. Namun, isterinya Hafizah Mohamed, 41 tahun bersedia mengambil alih tanggungjawab hakiki suaminya kerana sayang. Jika kita di tempat isterinya, pasti kita juga lakukan hal yang sama.
Menurut Hafizah, dia tidak kisah terpaksa bekerja demi kelangsungan keluarganya kerana dia sedar tanpa usaha, dia takkan peroleh ‘hasil’ bagi menyara keperluan keluarganya.
Hafizah terkedu bila mengenangkan kos rawatan dan keperluan Fizi yang memakan belanja sehingga RM6,108. Katanya, mereka bukanlah datang dari keluarga yang senang. Jadi jumlah ribu riban ini, susah untuk dikumpul.
“Bila nak menjaga pesakit kanser ni, kita kena sayang dia dua kali ganda. Memang kena beri perhatian yang penuh. Saya tak boleh lemah! Kalau saya lemah, dia juga akan lemah,” tambah beliau sebak seketika.
“Sambutan raya kali ni tak meriah sama saja macam tahun lepas sebab suami saya buat pembedahan sehari sebelum puasa,” cerita Hafizah.
Luah Hafizah lagi, dia memang tak ada semangat nak sambut kemeriahan Aidilfitri dalam keadaan suaminya yang sakit.
We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.
MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.