Ongoing

Ongoing

Adik Amsyar, Pesakit Kanser

Health Accessibility Campaign

Adik Amsyar Diserang Kanser. Awak Boleh Bantu?

 

Hai awak, apa khabar? Pejam celik, pejam celik, dah masuk ramadan ke-12 dah. Dah hampir tamat separuh masa pertama untuk ramadan tahun ni.

 

Macam mana keadaan ramadan awak? Semua okay?

 

Beberapa hari lepas kan awak, kami ada melawat salah seorang pesakit yang memerlukan bantuan. Namanya, Amsyar Zahin.

 

Kecik comel je orangnya, baru 5 tahun usianya.

 

 

Adik Amsyar Zahin didiagnos dengan penyakit Neuroblastoma Bone Metastasis ketika berusia 4 tahun. Dalam usia yang begitu muda, Adik Amsyar diuji dengan ujian yang sangat besar.

 

Setelah didiagnos dengan penyakit itu, Adik Amsyar menjalani rawatan kimoterapi menggunakan ubat COJEC sebanyak 8 kitaran dari bulan Disember 2020 hingga April 2021.

 

Pada bulan April 2021, Amsyar dikehendaki menjalani pembedahan major untuk mengeluarkan ketulan daripada bahagian abdomennya.

 

Dah kimo, dah bedah, dah selesai ke rawatan Adik Amsyar?

 

Belum lagi awak.

 

Lepas daripada pembedahan major tadi, Amsyar dikehendaki menjalani rawatan kimoterapi menggunakan ubat ICE dari bulan April 2021, hinggalah ke bulan Oktober 2021.

 

Pada bulan Disember, Amsyar sekali lagi terpaksa menjalani pembedahan bone marrow transplant dimana doktor menggunakan bone marrow amsyar sendiri dan terpaksa ditahan di wad selama sebulan.

 

Kimo, bedah, kimo, transplant; dah selesai ke rawatannya?

 

Belum lagi awak.

 

Pada bulan Mac baru ni, Adik Amsyar dikejarkan ke hospital dan doktor mendapati ada jangkitan dalam badannya.

 

Untuk itu, Adik Amsyar terpaksa menjalani dua lagi rawatan susulan.

 

Pertama, rawatan radioterapi.

 

Kedua, rawatan kimoterapi menggunakan ubat Qarziba sebanyak 8 Vial.

 

Awak tahu kos untuk 1 vial Qarziba ni berapa harganya?

 

RM49,000.

 

Allah, sedih betul kami dengar kos yang perlu ditanggung ibu dan ayah Adik Amsyar ni. Bayangkan jumlah kos rawatan yang diperlukan adalah RM392,000! Menitis air mata kami mendengar jumlah ini.

 

Tapi Alhamdulillah, buat masa ini Lembaga Zakat Selangor akan membantu kos rawatan untuk 1 Vial ini. Jadi tinggal lagi 7 Vial dengan nilai RM343,000 yang diperlukan untuk memastikan Adik Amsyar mendapat rawatan yang sempurna.

 

[first name] nak tak sama-sama kongsi untuk bantu Adik Amsyar ni? Memang nilai totalnya besar, tapi kalau kita kongsi seorang sikit, insyaAllah dapat cukupkan jumlah ni.

 

Dari Abu Hurairah dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: 

“Barangsiapa yang membantu seorang muslim (dalam) suatu kesusahan di dunia maka Allah akan menolongnya dalam kesusahan pada hari kiamat. Dan barangsiapa meringankan (beban) seorang muslim yang sedang kesulitan maka Allah akan meringankan (bebannya) di dunia dan akhirat.” – (HR Muslim)

 

Jom awak, kita sama-sama bantu ringankan beban keluarga Amsyar pada bulan ramadan ni.

 

Moga Allah mengurniakan kesihatan yang baik, keluarga yang penuh kasih sayang, rezeki yang melimpah ruah buat awak sekeluarga.

 

Terima kasih banyak tau 🙂

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Kanser Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)