MyFundAction

“Saya rindu sangat nak mengajar macam dulu-dulu, “- Cikgu Laila

KANSER PAYUDARA! Pembunuh nombor 1 wanita.

Kalau dah namanya pendidik, sakit bukanlah penghalang untuk seorang guru berbakti kepada anak bangsa.

Cikgu Laila, 56 tahun merupakan seorang guru di SMK Dato’ Maharajalela Kampung Gajah. Sudah 30 tahun beliau berkhidmat. Namun, hidupnya berubah apabila telah diuji dengan penyakit kanser payudara.

Beliau tidak lagi boleh mengajar. Tetapi, tidak sehari pun berlalu tanpa beliau memikirkan untuk kembali mengajar.

Itu yang buat kami kagum dengan Cikgu Laila kerana walau dalam keadaan sakit pun, semangat untuk mencurahkan ilmu itu tidak pernah padam daripada ingatannya. Malah, setiap hari beliau berdoa semoga cepat sihat.

Menurut cerita Cikgu Laila, sebelum ini dia hanya demam biasa sahaja. Tetapi lama kelamaan, beliau mula merasakan bengkak di bahagian payudaranya dan keluar nanah.

“Mula-mula cikgu rahsiakan pasal ni sebab tak nak suami dan anak-anak risau.

Tapi bila keadaan dah teruk sangat, doktor sarankan untuk buat pemeriksaan lanjut di hospital besar untuk tahu sakit apa yang cikgu alami sebenarnya.”

Selepas diperiksa, Cikgu Laila disahkan menghidap kanser payudara tahap 4!

Tambah beliau lagi, pembedahan untuk membuang payudara tidak dapat dilakukan kerana luka akibat kanser tersebut terlalu dalam.

Sudahlah sebelum ini beliau menghidap kencing manis dan sekarang kanser pula. Disebabkan penyakit kencing manisnya itu, dikhuatiri luka pembedahan tersebut sukar untuk sembuh dan keadaan akan menjadi lebih teruk.

Sayu sangat kami lihat keadaan Cikgu Laila yang semakin hari semakin lemah kerana hilang selera makan sehinggakan beliau mengalami darah rendah.

Kepada semua Jiwa Baik !

 

Cikgu Laila sangat perlukan sebanyak RM12,000 untuk menampung kos rawatan luka (dressing) dan juga keperluan-keperluan lain.

Ayuh kita sama-sama realisasikan impiannya untuk terus berjasa kepada generasi muda.

Moga dengan usaha kecil kita ini dapat membakar semangat Cikgu Laila untuk terus kuat melawan penyakitnya itu dan kembali mengajar seperti sebelum ini.

TABUNG MYHEART RM30
TABUNG MYHEART RM50
TABUNG MYHEART RM100
TABUNG MYHEART RM250
TABUNG MYHEART RM500

Anda juga boleh salurkan sokongan anda melalui:

Nama Akaun: PERTUBUHAN KESIHATAN JANTUNG MALAYSIA (MYHEART)
Bank: MAYBANK
No. Akaun: 562142423145
Rujukan: CIKGU LAILA

 

 

 

 

 

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Kanser Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)