MyFundAction

Ongoing

Klinik Bergerak untuk Fatimah

Health Accessibility Campaign

Kaki Terpaksa Dipotong Akibat Buah Pinggang Rosak Tahap 5

Derita Kaki Dipotong, Puan Fatimah Sukar Bergerak Sendiri

 

Hilang Kaki Kerana Derita Buah Pinggang Rosak Tahap 5

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, itu yang dirasakan Puan Fatimah, 73 tahun, selepas kakinya terpaksa dipotong sehingga bawah lutut akibat penyakit buah pinggangnya yang rosak.

 

“Pada tahun 2018, kaki mak saya hanya bengkak dan dia mengalami sesak nafas. Kemudian, kami ke hospital untuk periksa tahap kesihatannya. Dengan hati yang luluh, kami terima khabar mengatakan mak saya alami penyakit kegagalan buah pinggang tahap 5,” kata anak kepada Puan Fatimah, Encik Rosdi, 33.

 

Seakan putus semangat bila doktor beritahu kaki Puan Fatimah terpaksa dipotong akibat jangkitan kuman. Bagaimanapun, jangkitan kuman terlalu cepat merebak sehinggakan doktor terpaksa potong sehingga bawah lutut.

 

“Doktor bagi pilihan sama ada nak buat prosedur cuci air atau cuci darah dan kami ambil keputusan untuk cuci darah,” katanya.

 

Sayu, Harapkan Anak Untuk Bergerak Ke Mana-Mana

Semenjak kakinya dipotong, Puan Fatimah sukar bergerak sendiri atas faktor usianya yang sudah tidak kuat untuk menggunakan tongkat.

 

Encik Rosdi terpaksa mengangkat ibunya untuk ke mana-mana bagi memudahkan pergerakan Puan Fatimah.

 

“Jika kami ke pusat dialisis, mak perlu diangkat untuk selesaikan segala urusan perawatan,” tambahnya.

Menurutnya, Puan Fatimah tiada sebarang temujanji dengan pihak hospital tetapi mereka hanya akan ke pusat dialisis untuk cuci darah. 

 

Bagaimanapun, doktor dari hospital akan datang ke pusat dialisis bagi memeriksa keadaan Puan Fatimah sebulan sekali bagi memudahkan urusan mereka untuk tidak ke hospital besar.

 

“Mak saya ada menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM500 dan Baitulmal menampung kos dialisis sebanyak tiga kali seminggu.”

 

“Tapi, untuk menampung kos ubat, saya ada sedikit kekangan memandangkan saya hanya bekerja sebagai pemandu lori dan isteri saya adalah suri rumah. Saya pula ada tiga orang anak dan yang sulung masih lagi bersekolah,” tambahnya dengan wajah sayu.

 

Jom Kongsi Rezeki!

Di setiap bahagian rezeki kita sebenarnya ada bahagian orang lain.

 

Allah SWT berfirman:

Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya)”. Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya. (Saba: 39)

 

Ayuh berikan peluang dan nafas baharu buat mereka yang memerlukan di luar sana dengan berkongsi sebahagian daripada nikmat rezeki anda!

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Mobile Clinic Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)