Ongoing

Masih Ramai Asnaf Diluar Sana Memerlukan Bantuan

Food Aid Campaign

“Hakikat hari ini...ada keluarga di luar sana yang terpaksa mencatu makanan, ikat perut, diuji dengan kesukaran menyara hidup…”

Program Rezeki Ummat, makanan buat mereka yang memerlukan

Setiap bulan apabila tiba gaji, kita pasti sedang memikirkan gaji yang diperoleh masih tidak cukup untuk bayar itu dan ini. Tetapi kita juga perlu fikir masih ada orang yang tidak ada gaji untuk membeli makanan sahaja.

Dalam sedar atau tidak, ramai yang makin susah. Ada yang susut sumber pendapatan, bahkan ada yang kehilangan kerja sekaligus hilang pendapatan.

Pelbagai cerita dan situasi yang telah kami lalui semasa pengagihan dilakukan. Ada yang hilang pekerjaan, tiada susu untuk anak-anak, tiada wang untuk membeli makanan dan macam-macam lagi.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Diharapkan dengan pemberian ini, dapat meringankan beban mereka.

InsyaAllah semoga asbab kebaikan anda membantu keluarga ini, rezeki anda akan diberkati dan terbuka seluasnya pintu rezeki buat keluarga anda. Semoga kita sentiasa di bawah lindungan dan keberkatan Allah SWT.

Ibnu Abbas berkata:

“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

Support Masih Ramai Asnaf Diluar Sana Memerlukan Bantuan

This campaign will end in

Days
Hours
Minutes
Seconds
May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on telegram
Share on whatsapp

THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Masih Ramai Asnaf Diluar Sana Memerlukan Bantuan Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)