“Bila musim panas, dahi kami akan berbekas kerana sujud di atas lantai yang tidak rata, berbatu-batu. Waktu musim sejuk pula, lebih susah lagi. Keadaan lecak dan kotor.” – Brother Omar, Idlib
Setelah masjid-masjid di bom, yang ada hanyalah khemah kecil ihsan sesama mereka untuk mewujudkan sebuah ‘masjid’ di kem pelarian tempat mereka berteduh.
Di situlah tempat untuk solat berjemaah secara bergilir-gilir, di situlah juga tempat anak-anak menghafal Quran.
Keadaan khemah ketika musim sejuk tiba. Tanah lembik dan berlecak
Justeru, MyFundAction ingin mengajak Tuan/Puan untuk sama-sama kita wakafkan sebuah masjid buat kegunaan saudara kita di sana.
80% pembangunan masjid telah siap
Jika masjid ini siap nanti..
Yang ada hanyalah..
Wakafkan 1 lot atas diri sendiri atau atas nama orang-orang tersayang serendah RM30. Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya antara amal kebaikan yang mendatangkan pahala setelah orang yang melakukannya meninggal dunia ialah ilmu yang disebarluaskan, anak soleh yang ditinggalkannya, mushaf (kitab-kitab keagamaan) yang diwariskannya, masjid yang dibina, rumah yang dibina untuk penginapan orang yang sedang dalam perjalanan, sungai yang dialirkannya untuk kepentingan orang ramai dan harta yang disedekahkannya.“
Sokong Projek Syria sekarang dengan memilih pakej-pakej tajaan di bawah.
We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.
MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.