MyFundAction

Ongoing

Masjid An Nur Buat Muhajirin Syria

Educational Needs Campaign

Kembalikan Sinar Ramadan di Bumi Idlib, Syria dengan Wakaf Masjid An-Nur. 

Masjid merupakan sebuah tempat yang digunakan untuk umat Islam berkumpul bukan sahaja untuk tujuan solat berjemaah, malah untuk tujuan yang lain juga. Bahkan pada zaman Rasulullah S.A.W, masjid mempunyai pelbagai jenis peranan iaitu sebagai pusat ibadat, pusat pendidikan, pusat pemerintahan, pusat sosial dan lain-lain lagi.

 

Menjelang tiba bulan Ramadan, masjid-masjid dan surau-surau akan diimarahkan dengan pelbagai aktiviti seperti tadarus Al-Quran, majlis iftar, dan solat terawih. Hal sebegitu jugalah yang diharapkan untuk berlaku pada bulan Ramadan ini di bumi Idlib, Syria dengan pembinaan Masjid An-Nur. 

Masjid An-Nur buat komuniti pelarian Syria

Masjid An-Nur telah dibina bagi keperluan pelarian Syria yang ditempatkan di sekitar kawasan Idlib. Mereka memerlukan masjid ini sebagai tempat berkumpul dan melakukan aktiviti bersama-sama lebih-lebih lagi ketika bulan Ramadhan yang penuh barakah ini.

 

Satu-satunya tempat ibadah mereka sebelum ini telah dibom dan hancur semasa perang berlaku. Jadi mereka sangat memerlukan akan pembinaan Masjid An-Nur ini.

 

Wakaf ke atas rumah Allah 

Justeru itu, bersempena Ramadhan ini, kami memberi peluang kepada anda untuk sertai wakaf untuk Masjid An-Nur bersama kami agar kita dapat menjayakan projek wakaf Masjid An-Nur ini untuk kegunaan komuniti-komuniti pelarian Syria di Idlib.

 

Sejak zaman Nabi lagi dan zaman-zaman selepas itu dalam sejarah Islam, masjid merupakan jantung kepada sesuatu komuniti. Jadi dengan adanya masjid An-Nur ini, yang mampu memuatkan sebanyak 5,000 penduduk, pasti akan dapat menyatukan seluruh penduduk dan masjid tersebut dapat diimarahkan terutamanya pada bulan Ramadan yang kian tiba ini.

 

Bayangkan dengan bantuan dan sokongan yang kita berikan kepada mereka dalam projek wakaf ini, sudah tentu akan mengukir senyuman di wajah tiap-tiap penduduk di sana dan seterusnya dapat menghidupkan bulan Ramadan mereka.

AYUH BERSAMA KAMI MEMBANGUNKAN DAKWAH RAMADAN DI BUMI IDLIB!

Setiap rezeki yang dikongsikan dalam menjayakan projek wakaf masjid An-Nur ini, selagi mana ianya bermanfaat kepada mereka, selagi itulah anda akan diberikan ganjaran. Satu ganjaran yang akan berterusan dan tidak putus-putus dengan niat untuk mencari keredaanNya. Firman Allah S.W.T :

 

مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّـهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ ۗ وَاللَّـهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

 

Maksudnya: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.”

Surah Al-Baqarah : 261

 

Semoga dengan kedatangan bulan Ramadan ini, kita akan lebih terbuka untuk merebut ganjaran pahala yang berlipat kali ganda dalam berbuat amal kebajikan khususnya dalam membantu saudara-saudara Islam kita yang susah di luar sana. 

 

Setiap amal kebajikan yang kita lakukan pasti akan dipandang dan pasti akan ditimbang di Al-Mizan kelak. 

Support Masjid An Nur Buat Muhajirin Syria

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:

THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Masjid An Nur Buat Muhajirin Syria Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)