Ongoing

Wakaf Masjid Pada 27 Ramadan

Uplifting Education Campaign

Betul Ke Malam Ni Lailatulqadar?

 

Hai Assalamualaikum,

 

Malam ni malam ke-27 Ramadan dah. Betul-betul dah di penghujung sangat dah ni kan. Alhamdulillah kita masih dipinjamkan kekuatan & kesihatan untuk melaksanakan amal ibadah di hujung-hujung Ramadan yang tersisa ini.

 

Awak tahu tak, pendapat terkuat para ulama’ bahawa Lailatulqadar berlaku pada malam 27 Ramadan. Antara hujah ulama’ yang mengatakan sedemikian:

 

  1. Mengikut Abu Ka’ab katanya: “Demi Allah sesungguhnya Ibn Mas’ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatulqadar jatuh dalam bulan Ramadan, manakala Lailatulqadar pula jatuh pada malam ke-27. Akan tetapi, dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya.”
  2. Daripada riwayat Muawiyah yang bermaksud: “Bahawa Nabi SAW telah bersabda bahawa Lailatulqadar berlaku pada malam ke-27.”
  3. Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir (hia) yang kembalinya kepada Lailatulqadar.
  4. Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah hadis daripada Ibn Umar R.Anhuma yang bermaksud: “Sesiapa yang mencari Lailatulqadar, dia hendaklah mencarinya pada malam yang ke-27, carilah kamu Lailatulqadar pada malam yang ke-27.”

 

 

Untuk Ramadan tahun ini, malam ke-27 jatuh pada malam Jumaat. 

 

 

Ibn Qayyim Al-Jawziyah dalam kitabnya, Zad Al-Maad menyatakan: 

 

 

“Bersedekah pada hari Jumaat ini lebih mulia berbanding hari-hari lain. Besarnya nilai gandaan ganjaran bersedekah pada hari Jumaat berbanding hari lain adalah seperti besarnya pahala amalan bulan Ramadan berbanding bulan-bulan lain.”

 

 

Istimewanya malam ini.

 

 

Sebab itu malam ini saya nak ajak awak untuk sama-sama berwakaf untuk mendirikan rumah Allah.

 

Masjid Ar-Rahmaniyyah, Tronoh ini sedang dibesarkan untuk menampung jemaah yang lebih ramai terutamanya pada hari Jumaat dan hari-hari kebesaran yang lain. Dan apabila selesai nanti, masjid ini bukan sahaja menjadi tempat untuk menunaikan solat, tetapi akan menjadi pusat pengajian & dakwah di Tronoh juga.

 

Cuba awak bayangkan, berapa ramai yang akan mendapat manfaat hasil daripada wakaf yang awak buat malam ini.

 

Puluhan ribu manusia akan datang menunaikan solat setiap tahun.

 

Ribuan anak-anak kecil dapat belajar dalam keadaan yang selesa dan membesar menjadi anak yang soleh dan solehah.

 

Dan semuanya ada bahagian awak. Setiap amal, setiap solat, setiap huruf yang dipelajari, setiap dakwah yang tersebar, setiap manusia yang singgah, pasti dan pasti ada bahagiannya buat awak.

 

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:

 

“Apabila matinya seorang manusia, maka terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu: sedekah jariah, atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya, atau anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya.”

 

Al-Khatib al-Syarbini berkata: 

 

Ulama telah mentafsirkan perkataan ‘sedekah jariah’ dalam hadis yang tersebut di atas itu dengan maksud wakaf, sepertimana kata Imam al-Rafi’i. Hal ini kerana pahala sedekah jariah terus menerus mengalir kepada orang yang melakukannya, sedangkan sedekah yang lain, pahalanya tidak berterusan mengalir sepertimana sedekah amal jariah atau wakaf.

 

 

Selain atas nama awak sendiri, awak boleh wakafkan atas nama ibu, ayah, pasangan, ahli keluarga atau sesiapa yang awak sayang.

 

 

Dan bukan nilai tu yang utama awak. 

 

 

Kalau kita ada banyak, wakafkanlah banyak.

 

 

Kalau kita ada sedikit, wakafkanlah sedikit.

 

 

Sebab bukan nilai tu yang Allah pandang. Niat serta keikhlasan awak dan kita lah yang akan dipandang Allah di hari akhirat nanti.

 

 

Mudah-mudahan, kita berjiran di syurga nanti ya.

 

 

Mudah-mudahan Allah terima segala amal yang kita lakukan di bulan yang mulia ini. Amiin 🙂

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Wakaf Masjid Tronoh Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)