MyFundAction

Wakaf Untuk Ibu Bapa Tercinta Sempena Bulan Mulia

 

Alhamdulillah, Ramadan dah nak dekat. Inilah peluang kita untuk membalas jasa ibu bapa kita.

Macam mana caranya? Iaitu dengan niat berwakaf atas nama mereka.

Wakaf di bulan Ramadan sangat digalakkan kerana ganjaran yang diperoleh sangat besar dan berterusan walaupun setelah meninggal dunia.

Salah satu cara terdekat adalah menerusi wakaf ke atas pembinaan masjid baru Ar-Rahmaniah di Tronoh, Perak. 

Di bulan Ramadan, bukan sahaja kita mendapat ganjaran berwakaf atas ibu bapa malah ganjaran membangunkan rumah Allah. Ibadah 2 dalam 1 yang digandakan hingga 700 kali lipat.

“Perumpamaan orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir tumbuh seratus biji Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa saja yang Dia kehendaki…” (Al-Baqarah:261).

Masjid lama Ar-Rahmaniah itu hanya mampu memuatkan sebanyak 500 jemaah sahaja. Sedangkan anggaran penduduk mukim Tronoh sahaja sudah mencecah hampir 10,000 orang.

Ada jemaah yang datang terpaksa solat di kawasan wuduk ketika solat Jumaat kerana ruang solat padat dan sempit

Tak lama lagi Ramadan dan jika ini berlaku pasti sukar untuk jemaah setempat menunaikan ibadah di masjid pada bulan mulia itu terutamanya solat terawih.

 

Imarahkan Masjid Sempena Ramadan

Jadi, untuk memberi kemudahan kepada penduduk setempat, MyFundAction dengan kerjasama pihak masjid telah membina sebuah masjid baru.

Projek ini bermula pada 2014 dan alhamdulillah hasil usaha semua orang yang berjiwa baik, masjid ini sudah mencapai kemajuan pembinaannya sebanyak 70%.

Pembinaan Masih Berbaki 30% Sahaja Lagi!

 

JUMLAH KEPERLUAN PEMBINAAN LENGKAP : RM6,264,244.06
JUMLAH TERKUMPUL : RM3,625,433.72
BAKI YANG DIPERLUKAN : RM2,638,810.34

 

Masjid lama Tronoh masih lagi boleh digunakan tetapi sangat terhad jumlah jemaah yang boleh dimuatkan.

 

KENAPA PERLU SEGERAKAN PROJEK PEMBANGUNAN MASJID AR-RAHMANIAH?

(1) Dewan solat yang akan diperbesar dapat memuatkan sehingga 1,500 jemaah

(2) Penyediaan fasiliti yang lebih lengkap untuk kariah masjid dan warga penduduk kampung.

(3) Sebagai tempat penyatuan penduduk Tronoh dalam melakukan segala aktiviti ibadah.

(4) Aktiviti-aktiviti keagamaan dan ibadah di bulan Ramadan akan jadi lebih baik dan selesa untuk mereka.

Apa kata anda gunakan peluang di bulan mulia ini untuk berwakaf kepada mak ayah anda? Pada masa yang sama penduduk di Tronoh juga boleh dapat manfaatnya.

Jom #JiwaBaik, kita segerakan pembinaan dan imarahkan masjid baru Ar-Rahmaniah di Tronoh di bulan Ramadan.

 

 

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Wakaf Masjid Perak Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)