MyFundAction

Ongoing

Sanggup 'Resign' Nak Jaga Ayah Strok

Health Accessibility Campaign

Ayah dan ibu adalah orang yang amat penting dalam hidup kita. Jika difikirkan balik, susahnya mereka nak menjaga kita masa kecil kan?

Ayah susah payah bekerja siang malam untuk cari rezeki. Ibu pula terkejar sana sini untuk memastikan anak-anaknya dalam keadaan yang baik.

Jadi bila kita dah besar, ini lah masanya untuk kita membalas jasa mereka. Kali ni, kami nak kongsi kisah yang patut dijadikan teladan. Begitu tabahnya seorang anak untuk menjaga ayahnya yang sakit strok.

Permulaan Jalan Penderitaan Nawi

Pada Mac 2022, Nawi pergi kerja buruh seperti biasa pagi hingga petang. Tetapi, kawan Nawi ada beritahu yang Nawi tak makan langsung pada hari tersebut kerana tak ada selera.

Kemudian, pada belah malam pula, Nawi sambung buat kerja sebagai mekanik di bengkel motor berhampiran dengan rumahnya sehingga jam 2 pagi.

“Saya terjaga lebih kurang pukul 2.30 pagi macam tu sebab terdengar bunyi dentuman. Rupa-rupanya, suami saya rebah ke lantai,” Aslee Raini, isteri Nawi menceritakan balik detik-detik Nawi diserang strok. 

Aslee Raini terus membawa Nawi ke wad kecemasan Hospital Kelaboran. Selepas diserang strok, Nawi tidak sedarkan diri dan doktor terpaksa tidurkannya di hospital selama sebulan.

Sanggup Resign Nak Jaga Ayah Strok

“Dia jaga dan membesarkan saya. Sekarang tugas saya untuk jaga dia sehingga akhir hayat. Saya tak akan sekali-kali meninggalkan dia,” sebak Ashraf.

Kami yang mendengar turut bergelinang air mata. Bukan mudah seorang anak berumur 20 tahun, sanggup berhenti kerja dan menjaga ayahnya yang strok.

Beruntung sebenarnya Nawi dikurniakan anak yang berbakti kepada orang tuanya. Namun, satu perasaan bersalah membelenggu Ashraf.

Kos rawatan Nawi boleh tahan tinggi iaitu sebanyak RM30,800!

Dalam keadaan Ashraf yang sudah berhenti kerja dan juga menggalas tanggungjawab menguruskan 5 orang adiknya yang masih bersekolah, agak sukar baginya untuk menampung kos rawatan tersebut.  

“Dulu saya kerja buruh. Tapi, selepas ayah kena strok, saya terpaksa berhenti kerja sebab nak bantu ibu uruskan ayah seharian. Ayah saya tak boleh tinggal seorang diri,” cerita Ashraf.

Jom warga jiwa baik!

Kita bantu kurangkan beban yang keluarga ni tanggung boleh?

Lampin Dewasa (RM1,350+-)
RM30/beg
Keperluan Cuci Luka (RM8,750+-)
RM50/bahagian
Susu Khas (RM18,600+-)
RM100/tin
Kos Ambulans (RM2,100+-)
RM350/sehala
*Pesakit akan dibantu selama setahun

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Medical Equipment Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)