MyFundAction

Ongoing

Tabung Alatan Perubatan: Ramadan Shamsul Disambut Dengan Terlantar Di Katil

Medical Relief Campaign

Lumpuh Seluruh Badan Akibat Kemalangan Motosikal

CEKAL JAGA ANAK LUMPUH WALAU DAH TUA

Hati mana yang tidak luluh apabila melihat anak yang satu ketika dahulu ceria kini terlantar sakit. 

Namun semangat dan kekuatan yang ada pada warga emas Sulaiman Salleh dan isterinya cukup luar biasa. 

Biar hidup serba kekurangan, mereka ini tetap cekal menjaga anak sulungnya yang lumpuh seluruh badan.

“Alhamdulillah, walaupun saya berusia, namun saya masih dikurniakan kesihatan dan mampu menjaga anak yang sakit dan memerlukan perhatian,” kata Sulaiman Salleh, 71 tahun.

Sulaiman berkata, anak sulungnya, Shamsul, 44 tahun, mengalami kemalangan motosikal sewaktu ingin ke tempat kerja yang dipercayai hilang kawalan sebelum terlantar di tengah jalan mengakibatkan kecederaan parah di kepalanya.  

Katanya, Shamsul sebelum ini bekerja di Shah Alam, namun dia pulang menetap di Kelantan untuk menjaga kedua ibu bapanya kerana adik beradiknya sudah berkahwin dan berhijrah keluar kampung. 

SAYA HANYA MAHU DIA SIHAT SEPERTI SEDIA KALA

“Makcik tak percaya itu anak makcik. Sebab dia pergi kerja jalan lain. Memang terkejut lah waktu tu”, luah ibu Shamsul, 

Lebih menyedihkan apabila sebahagian tempurung kepalanya terpaksa dialihkan dan sekitar tengkuknya juga perlu dibedah kerana ada tulang yang patah.

Menurut bapanya, mereka perlu membayar sejumlah wang RM500 untuk pembedahan tempurung kepalanya. Namun hanya berjaya dikumpul sebanyak RM300 daripada adik beradik dan sanak saudara mereka. 

Menurutnya lagi, kos rawatan anak mereka pula memperuntukkan sehingga RM11,000 untuk membeli keperluan Shamsul termasuk lampin pakai buang dan susu berharga RM87 setin selain kos tambang ambulans RM250 untuk pergi dan balik setiap kali menghadiri temujanji di hospital.

KIRIM HADIAH RAMADAN BUAT SHAMSUL

“Ramadan kini muncul lagi dengan diiringi sambutan Aidilfitri tidak lama lagi, namun anak kami terus terbaring di atas katil,” kata ibu Shamsul.

“Sejak Shamsul ditimpa musibah itu, Ramadan dan Aidilfitri disambut ala kadar saja. Kami tidak boleh berkongsi kegembiraan menyambut lebaran kerana tidak sampai hati melihat dia terus terlantar di atas katil,” katanya lagi.

Hadiahkan nafas baharu buat Shamsul yang memerlukan dengan berkongsi sebahagian daripada nikmat rezeki anda di bulan mulia ini. 

TABUNG MYHEART RM500
TABUNG MYHEART RM200
TABUNG MYHEART RM100
TABUNG MYHEART RM50
TABUNG MYHEART RM30

 

Support Tabung Alatan Perubatan: Ramadan Shamsul Disambut Dengan Terlantar Di Katil

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:

THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Tabung Alatan Perubatan: Ramadan Shamsul Disambut Dengan Terlantar Di Katil Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)