Setia hingga hujung nyawa, itulah janji kesetiaan Noraini, isteri Halmeeza yang tabah menjaga suaminya yang terlantar sakit akibat menghidap penyakit saraf.
Pada mulanya, Halmeeza mengalami sakit pinggang sahaja. Tetapi, lama kelamaan, dia tidak dapat bergerak kerana lumpuh separuh badan selepas disahkan menghidap penyakit saraf.
“Sejak suami saya sakit, saya bekerja di kedai milik ibu saya sendiri. Tak dapat untung banyak pun. Paling banyak pun sekitar RM800 sebulan. Memang tak cukup sebenarnya kalau nak tampung kos rawatan dan keperluan suami saya sekitar RM5,000,” luah sayu Noraini.
Noraini kini perlu menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga disamping menguruskan keperluan suami dan tiga orang anaknya yang masih kecil.
“Kalau saya bekerja waktu pagi, anak sulung saya akan uruskan ayah dia. Syukur alhamdulillah mereka faham tanggungjawab berat yang saya tanggung,” air mata Noraini bergenang.
JOM KONGSI REZEKI
“Tak lama lagi Syawal akan tiba. Suasana Syawal tahun ini takkan rasa sama lah macam tahun-tahun sebelum ni sebab suami saya terlantar kan,” tangis Noraini.
Namun begitu, itu bukanlah penghalang bagi Noraini untuk sambut Syawal bersama suami dan anak-anaknya yang tercinta.
“Saya tidak akan berputus asa dan dalam bulan yang penuh barakah ini, saya akan teruskan berdoa agar keajaiban akan berlaku dan suami saya dapat pulih seperti sedia kala.” tambah Noraini.
Oleh itu, sempena kedatangan bulan Syawal ini, mari kita bersama-sama meringankan beban yang ditanggung serta menghidupkan suasana Syawal mereka dengan berkongsi sebahagian daripada rezeki kita.
TABUNG MYHEART RM500
TABUNG MYHEART RM200
TABUNG MYHEART RM100
TABUNG MYHEART RM50
TABUNG MYHEART RM30
InsyaAllah, sebahagian rezeki yang anda kongsi akan dilipat gandakan ganjarannya oleh Allah S.W.T.
We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.
MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.