MyFundAction

Dunia bagaikan gelap.

Bumi seakan tak berputar.

Termenung jauh fikir masa depan.

Ahmad Mandus, 53, tak pernah terfikir ini pengakhiran yang dia harus lalui.

Kemalangan yang hampir meragut nyawa ketika pulang dari kerja menyebabkan ketua keluarga ini terbaring kaku di katil.

“Dia saja sumber kewangan kami. Bila dia tak kerja, kami nak makan pun susah,” luah sebak Dasriati, isteri Ahmad.

Menurut Dasriati, 42, dia tidak boleh nak bekerja sebab perlu menjaga suaminya sepenuh masa.

Dalam keadaan ekonomi yang sangat sesak, anak bongsunya terpasa diberhentikan sekolah untuk bekerja bagi membantu membeli keperluan Ahmad.

“Saya nak dia cepat-cepat sihat tapi kami tak mampu untuk ke hospital. Pihak hospital beritahu, selagi kami tak bayar, selagi tu kami tak boleh berjumpa pakar,” menangis Dasriati.

“Kadang-kadang saya tipu anak saya. Saya cakap dah kenyang sedangkan saya lapar sebenarnya tapi nak buat macam mana, duit tak ada,” Dasriati bercakap dengan nada perlahan.

Dasriati ceritakan kepada kami, rawatan fisioterapi penting untuk Ahmad kembali pulih.

Namun dalam keadaan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, perbelanjaan hospital sebanyak RM70,000 memang tak mampu mereka bayar.

Jom warga jiwa baik!

Tak sampai hati tengok keadaan Ahmad yang hanya terbaring dan Dasriati yang susah.

Kita bantu kurangkan beban yang keluarga Ahmad tanggung boleh?

TABUNG MYHEART RM500
TABUNG MYHEART RM250
TABUNG MYHEART RM100
TABUNG MYHEART RM50
TABUNG MYHEART RM30

 

Anda juga boleh salurkan sokongan anda melalui:

Nama Akaun: PERTUBUHAN KESIHATAN JANTUNG MALAYSIA (MYHEART)
Bank: CIMB
No. Akaun: 8603092023
Rujukan: AHMAD 

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Medical Equipment Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)