MyFundAction

Ingatkan sakit perut biasa.

Rupanya USUS DAH PECAH!

Batrisyah, 13, tak pernah terfikir masa remaja dia habis macam tu saja di hospital.

Disangka sakit perut biasa, Batrisyah terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit perut.

“Batrisyah memang ada mengadu dia muntah-muntah dan cirit birit. Tapi, 2-3 hari selepas tu, dia mengadu kata perut pula terasa kembung. Nampak muka dia tengah tahan sakit teramat sangat waktu tu,” kata Sakinah, ibu kepada Batrisyah.

Keesokannya, Sakinah terus bawa Batrisyah ke hospital. Doktor sahkan usus Batrisyah pecah dan kemungkinan ada jangkitan di buah pinggang.

“Saya tak sampai hati tengok Batrisyah sebab dia asyik menonggeng tekan perut dia,” Sakinah cerita dengan nada perlahan.

Sakinah kata, Batrisyah perlu buat pembedahan usus segera tapi masalah utama sekarang adalah duit sebab kos pembedahan RM10,000!

Gaji suami dia sebulan dalam RM1,500 saja dan dia suri rumah. Nak bagi makan 4 orang dalam rumah tu pun bagaikan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Inikan pula nak bayar kos pembedahan RM10,000 Batrisyah. Sebab tu dia minta doktor untuk tangguhkan pembedahan.

Tapi, doktor kata kuman dalam badan Batrisyah bergerak pantas sangat dan dia perlu segera dioperasi!

Lagi lambat dibedah, lagi berpotensi maut!

Tak sampai hati tengok Batrisyah terpaksa tahan sakit dan terbaring saja.

Kita kurangkan beban yang Batrisyah tanggung boleh?

TABUNG MYHEART RM500
TABUNG MYHEART RM250
TABUNG MYHEART RM100
TABUNG MYHEART RM50
TABUNG MYHEART RM30

 

Anda juga boleh salurkan sokongan anda melalui:

Nama Akaun: PERTUBUHAN KESIHATAN JANTUNG MALAYSIA (MYHEART)
Bank: CIMB
No. Akaun: 560232125066
Rujukan: BATRISYAH 

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Medical Equipment Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)