Nur Haura Mikayla, 11 bulan kerap muntah berwarna hijau selepas dilahirkan.
Doktor beritahu, Haura terpaksa ditahan di wad pakar kanak-kanak selama 6 hari untuk mengenalpasti masalah yang dihadapinya.
“Disebabkan Haura perlukan penjagaan sepenuh masa, saya putuskan untuk berhenti kerja dan fokus terhadapnya di hospital,” cerita Najua.
Akhirnya, doktor mengenalpasti bahawa usus Haura ada masalah. Jadi, mereka terus mengambil langkah membuat pembedahan memasang beg stoma pada usianya 11 hari.
Hati ibu mana yang tak tersentuh melihat anak yang seusia 11 hari dah dipenuhi dengan wayar-wayar yang berselirat?
Kalau anak-anak lain minum susu ibu, Haura pula minum susu melalui ryles tube di hidung sejak bayi lagi.
Disebabkan Haura tak dapat minum dan makan secara normal, apabila Haura menginjak umur 5 bulan, doktor menebuk pula perut Haura supaya dia boleh makan menggunakan mesin TPN.
Disebabkan inilah, Haura tidak pernah keluar dari hospital. Mesin TPN ini harganya bukan murah.
Tapi, Haura perlukan mesin ini supaya Haura dapat melihat dunia luar dan bermain seperti anak-anak lain sepertinya.
“Sekarang yang bekerja cuma suami saya. Pagi petang siang malam dia bekerja nak tampung kos rawatan Haura tapi kos RM30,000 tu besar sangat,” Najua bercakap dengan nada perlahan.
Najua ceritakan kepada kami, mesin TPN dan mesin susu sangat penting untuk Haura kerana tanpanya, Haura tidak boleh bertahan lebih dari 3 hari!
“Saya dah tak ada air mata nak menangis kecuali suami saya. Tengok Haura mesti dia akan nangis,” cerita Najua.
Jom warga jiwa baik!
Tak sampai hati tengok badan sekecil Haura terpaksa tanggung derita yang mungkin kita dewasa ni pun tak mampu tanggung. Kita kurangkan derita yang badan Haura tanggung boleh?
Kalau ada yang bertanya “Apa yang saya boleh bantu Haura?”
Buat masa ni bantuan yang diperlukan segera adalah mesin TPN, agar Haura dapat pulang ke rumah dan melihat dunia luar
Anda juga boleh salurkan sokongan anda melalui:
Nama Akaun: PERTUBUHAN KESIHATAN JANTUNG MALAYSIA (MYHEART)
Bank: CIMB
No. Akaun: 8603092023
Rujukan: HAURA MIKAYLA
We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.
MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.