PANGGILAN WAKAF  MESIN HEMODIALISIS

Sejak kebelakangan ini, kedengaran ramai ibu ayah yang berumur 60 tahun ke atas terpaksa melakukan rawatan hemodialisis. Ini adalah kerana peningkatan kadar pesakit kencing manis dan darah tinggi yang merupakan penyebab utama masalah kegagalan buah pinggang.

MyFundaction terpanggil untuk membantu pesakit hemodialisis bagi membolehkan mereka mendapatkan rawatan yang lebih dekat dan selesa melalui wakaf mesin hemodialisis

Tahukah anda, di hilir Perak, iaitu di Bagan Datuk menghala ke Hutan Melintang, tiada satu pun pusat dialisis berkonsep kebajikan untuk pesakit menjalani rawatan. Mereka terpaksa melalui perjalanan yang jauh sehingga hampir satu jam sehala untuk ke pusat dialisis berdekatan.

Bayangkan pesakit hemodialisis perlu melakukan rawatan sebanyak tiga kali seminggu sepanjang hayat mereka. Cas rawatan pula menjangkau RM200-250 bagi satu sesi. Kira-kira RM3250 mereka perlukan untuk membiayai kos rawatan.

Sedih kan? Kos perjalanan yang jauh meningkatkan lagi perbelanjaan rawatan mereka ditambah pula dengan kos rawatan itu sendiri yang tinggi.

Namun, adanya pusat dialisis berkonsep kebajikan ini, mereka hanya perlu mendapatkan tajaan dari panel tempat mereka bekerja seperti Jabatan Pertahanan Awam(JPA), Pertubuhan Kerja Sosial(PERKESO) atau Zakat Baitul Mal bagi yang pesakit muslim yang tidak bekerja. Malahan, mereka tidak perlu membayar duit tambahan selepas mendapat kelulusan dari panel-panel tersebut.

MashaAllah banyak bebanan pesakit hemodialisis dapat dikurangkan dengan adanya penubuhan pusat dialisis berkonsep kebajikan ini di Sungai Sumun ini.

 

Ini kisah Encik Ramli, 62 tahun yang tinggal di Selekoh, Bagan Datuk.

Beliau mula terkena penyakit buah pinggang kronik sejak 2 tahun lepas. Beliau mulanya menghidap penyakit kencing manis selama 5 tahun kerana faktor pemakanan dan sejarah keluarga.

Selepas 2 tahun, En Ramli tiba-tiba pitam dan doktor membuat ujian darah, kemudian didiagnos sakit buah pinggang tahap akhir.

Sekarang pesakit buat rawatan dialisis di Teluk Intan dan mengambil masa hampir 1 jam sehala untuk pergi ke sana.

Pernah beberapa kali beliau, tidak hadir ke pusat dialisis untuk rawatan kerana masalah pengangkutan, disebabkan itu, beliau mengalami air berlebihan dalam badan yang mengakibatkan sesak nafas kerana paru-paru tidak boleh berfungsi dengan baik.

Menurut doktor, jika hemodialisis tidak dilakukan dalam jangka masa yang lama, garam seperti potassium berlebihan dalam badan akan menyebabkan ritma jantung tidak sekata dan boleh menyebabkan jantung berhenti.

Beliau sangat berhasrat agar ada pusat dialisis di Sungai Sumun untuk memudahkan beliau menjalani rawatan.

Setakat ini terdapat lebih kurang 36 pesakit di kawasan sekitar Bagan Datuk yang akan mendapat manfaat dengan adanya pusat dialisis ini.

Untuk pengetahuan tuan/puan, sekarang dalam fasa pengubahsuaian kedai untuk persediaan sebagai pusat hemodialisis.

 

LESEN SEMENTARA KEBENARAN PENGUBAHSUAIAN KEDAI

Untuk pembelian mesin hemodialisis sebanyak 6 buah mesin yang bernilai RM41,000.00 sebuah.

Jadi, kami ingin mengajak tuan/puan untuk berwakaf serendah RM50 ke atas pembelian 5 buah mesin hemodialisis  di Pusat Hemodialisis Harmony Sofia dengan kerjasama MyFundaction.

InsyaAllah, mesin hemodialisis wakaf ini akan sedikit sebanyak memberi kemudahan kepada pesakit dalam menjaga kesihatan mereka.

Anda boleh mewakafkan harta atas nama sendiri atau orang tersayang.

WAKAF 1 nama – RM50

WAKAF 3 nama – RM150

WAKAF 5 nama – RM250

WAKAF 10 nama – RM500

ذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ: إِلَّا مِنْ ‌صَدَقَةٍ ‌جَارِيَةٍ، ‌أَوْ ‌عِلْمٍ ‌يُنْتَفَعُ ‌بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Maksudnya: Apabila telah mati seorang manusia, maka terputuslah baginya pahala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya.

Riwayat Muslim (1631)

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Medical Equipment Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)