MyFundAction

Saya tak sanggup kaki dipotong!

Kalau wanita yang mengandung terkena kencing manis adalah perkara yang biasa kan? Sama lah macam Norizan Daud, 45, yang hanya menyangka penyakit kencing manis dihidapinya hanyalah sementera.

Namun ketika kandungan mencecah 5 bulan, doktor mengesahkan bahawa bayi dalam kandungannya sudah meninggal dunia kerana kandungan gula dalam badan terlalu tinggi.

Siapa tak sedih kan? Dah lah anak meninggal, ditambah pula dengan doktor kata Norizan perlu ambil insulin sebab penyakit kencing manisnya masih lagi ada.

Nak dijadikan cerita, suatu hari, Norizan terpijak ubat stapler yang menyebabkan jari kaki dia bengkak teruk! 

Dalam 2-3 hari selepas tu, kaki dia bertukar warna hitam. Jadi, doktor terpaksa potong jari kaki dia sebab dah rosak dan doktor nak elakkan daripada merebak.

Selepas dari itu, kaki dia selalu luka tanpa sebab dan luka tu peru dicuci sepanjang masa. Norizan sekarang susah nak bergerak sendiri dan hanya terlantar di katil.

“Suami lah tempat saya bergantung harap. Dia yang uruskan segalanya. Dari cuci luka, mandikan saya, suap makan, semua dia,” cerita Norizan.

Norizan beritahu kami, dia ada 4 orang lagi anak yang masih bersekolah. Dengan nak bayar loan rumah lagi, bayar sewa kereta lagi, suaminya dah pencen, membuatkan kehidupan dia sekeluarga sesak.

“Kos nak menjaga orang sakit ni bukan murah. Nak beli pampers, barang-barang dressing, katil hospital semuanya mahal. Memang kami tak mampu,” Norizan bercakap dalam nada sedih.

Jom warga jiwa baik!

Macam mana agaknya Norizan kuat hadapi ujian macam ni? Dengan jari kaki dah dipotong dan ada kemungkinan kakinya pula perlu dipotong.

Kita nak kurangkan rasa sakit yang Norizan tanggung tu tak boleh tapi kita boleh kurangkan derita yang dia tanggung.

>> Tabung MyHeart RM500
>> Tabung MyHeart RM250
>> Tabung MyHeart RM100
>> Tabung MyHeart RM50
>> Tabung MyHeart RM30

 

Anda juga boleh salurkan sokongan anda melalui:

Nama Akaun: PERTUBUHAN KESIHATAN JANTUNG MALAYSIA (MYHEART)
Bank: CIMB
No. Akaun: 8603092023
Rujukan: NORIZAN

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Medical Equipment Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)