MyFundAction

Tak sanggup tengok anak terseksa!

Tak sampai hati kami melihat keadaan susuk tubuh kecil Muhammad Rayyan, 2 bulan yang menghidap penyakit paru-paru kronik. 

Rayyan memerlukan RM11,500 bagi membeli ubat Palivizumab (Synagis), yang perlu diberikan setiap bulan, selama empat bulan berturut-turut untuk menyelamatkan nyawanya!

Ibunya, Ramizah Ghazi, 36, berkata Rayyan merupakan anak tunggal selepas penantiannya selama 6 tahun.

 

“Rayyan lahir pramatang waktu dia 30 minggu. Berat dia 0.98 kilogram(kg) saja,” cerita Ramizah.

 

Ramizah ceritakan kepada kami, kesan komplikasi pramatang itu, Rayyan juga dilahirkan tidak mempunyai satu tulang di tulang belakang yang menyebabkan kakinya lebih pendek berbanding bayi normal yang lain.

 

“6 tahun kami menunggu cahaya mata. Bila Allah hadirkan Rayyan dalam rahim saya, suami saya terus sujud syukur. Tapi, Allah titipkan Rayyan kepada kami dalam keadaan dia sangat istimewa,” cerita Ramizah.

 

Ramizah kata, suaminya hanya buat kerja kampung saja. Pendapatannya juga tak menentu. Paling-paling pun boleh dapat dalam RM400 sebulan.

 

“Saya pula tak boleh bekerja sebab perlu jaga Rayyan 24 jam di hospital,” katanya yang juga suri rumah.

 

Tak sampai hati tengok tubuh kecil Rayyan ‘diselimuti’ dengan wayar-wayar hospital. Sakitnya derita yang dia tanggung!

Kita kurangkan penyeksaan yang dia tanggung boleh?

>> Tabung MyHeart RM500
>> Tabung MyHeart RM250
>> Tabung MyHeart RM100
>> Tabung MyHeart RM50
>> Tabung MyHeart RM30

 

Anda juga boleh salurkan sokongan anda melalui:

Nama Akaun: PERTUBUHAN KESIHATAN JANTUNG MALAYSIA (MYHEART)
Bank: CIMB
No. Akaun: 8603092023
Rujukan: RAYYAN

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Medical Equipment Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)