Ongoing

Winter Mission 5.0

Food Security Campaign

Konflik yang berlaku di Syria seperti tiada penghujung. Masyarakat yang tertindas umpama pelarian di negara sendiri. Hari ini, penduduk di sana hanya tinggal di bawah khemah bersama anak-anak kecil yang mungkin menjadi pengubah nasib negara.

Misi Bantuan Syria yang sudah menjelang tahun keempat dengan jumlah bantuan mencecah RM4 juta ini menyasarkan projek yang lebih lestari kepada penduduk di Syria termasuklah projek pembinaan 500 buah Rumah Briquete yang sudah berada di fasa akhir pembinaan, serta projek Kilang Roti yang akan memberikan jaminan makanan kepada penduduk di sini.

HADIAH RAKYAT MALAYSIA BUAT SAUDARA DI SYRIA

https://siakapkeli.my/2021/11/17/delegasi-myfundaction-ke-turki-hantar-bantuan-bernilai-rm4-juta-kepada-pelarian-syria

Sustainable Projek MyFundAction Untuk Syria Lebih Baik

RUMAH IDLIB (BRIQUETTE HOUSE)

Setakat ini, sudah 600 buah rumah Idlib secara keseluruhannya yang dinamakan sebagai ‘Kampung Malaysia” telah pun diserahkan kepada 750 orang penerima manfaat di sana. Lebih menyayat hati, hakikatnya lebih 1 juta penduduk memerlukan tempat tinggal disana selepas ratusan ribu manusia mati terbunuh dan tercedera dalam perang Syria.

KILANG ROTI IDLIB

MyFundAction telah merancang untuk membina sebuah kilang roti yang mampu menghasilkan 15 ribu keping roti sehari dengan kerjasama Hayrat Yardim. Roti-roti ini seterusnya akan diedarkan kepada 15 ribu keluarga setiap hari supaya tiada lagi yang kelaparan atau kebuluran.

PEMBINAAN MASJID ASABEEL

Masjid As-Sabeel ketiga juga direka dengan elemen perhiasan masjid dari Turki dan Syria sendiri. Masjid yang bernilai RM400,000 itu terletak di tengah-tengah bandar A’zaz dan menjadi antara masjid terbesar di situ.

Rumah ibadat dua tingkat yang mampu menampung seramai 500 orang jemaah itu akan digunakan sebagai pusat ibadat dan pusat pembelajaran Quran dan tahfiz penduduk setempat.

Ayuh bersama MyFundAction kita cipta masa depan lebih baik bersama saudara di Syria

Untuk kongsi rezeki sila pilih pakej di bawah :

 

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Kilang Roti Syria Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)