Peruntukan RM30,000 diperlukan bagi kit persediaan bencana alam
METMalaysia telah mengeluarkan ramalan banjir besar pada hujun tahun ini. Lebih 10 juta rakyat bakal terkesan!
Terkini 16 Disember 2022, kita dikejutkan dengan tragedi tanah runtun di Batang Kali.
Dan disusuli pada 18 DIsember 2022, hujan lebat berterusan hingga beberapa kawasan di Pantai Timur Malaysia sudah dinaiki air.
MyFundAction mengambil inisiatif untuk mempersiapkan bantuan kecemasan buat mereka yang terkesan banjir dan juga sokongan buat anggota-anggota petugas dan penyelamat.
Kit Persediaan bencana alam yang sedang dipersiapkan seperti pek makanan sedia di makan, bekalan makanan asas dan kit kebersihan akan disalurkan sewaktu fasa 1 banjir.
Justeru, kami meraikan keikutsertaan Tuan/ Puan serta mana-mana badan atau agensi dalam usaha siap siaga bencana ini.
Saluran sokongan kami buka mengikut pakej yang tertera
>> PAKEJ A RM 1,000 <<
>> PAKEJ BÂ RM 500 <<
>> PAKEJ CÂ Â RM 300 <<
>> PAKEJ DÂ RM100 <<
 “Seorang itu amat sedikit (tenaga kekuatannya) apabila berseorangan dan akan menjadi bertambah banyak jika dia berada bersama-sama saudara-saudaranya.”
Semoga kebersamaan kita ini menjadi satu rahmat dan mendapat keredhaan Allah SWT kerana menyelamatkan nyawa serta memberi kemudahan kepada saudara yang lain.
#WeActTogether #MisiBanjirMyFundAction #Jiwabaik #MyFundAction
We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.
MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.