MyFundAction

Ongoing

MYDC: Pusat Belia Islam Pertama

Educational Needs Campaign

Pemimpin Yang Mengubah Dunia – Merungkai Kod Kepimpinan Islam

 

Belia memerlukan sebuah tempat yang selamat di mana mereka boleh berkumpul, melakukan aktiviti yang pelbagai, membuat keputusan, dan bebas untuk berkongsi perasaan mereka.

 

Kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, “Apabila golongan belia ini mempunyai tempat yang selamat untuk berinteraksi, mereka dapat menyumbang kepada pembangunan, keamanan dan perpaduan sosial.”

 

Agenda 2030 untuk Pembangunan Mampan, khususnya Matlamat 11 yang mementingkan keperluan menyediakan ruang untuk pembandaran yang inklusif dan mampan.

(INSERT PHOTO SDG 11)

Apabila lebih ramai belia membesar dalam masyarakat yang berteknologi, mereka lebih gemar untuk terlibat dalam isu politik, sivik dan sosial, yang menjadikan perlunya tempat selamat ini untuk disediakan.

 

NEW ZEALAND: PERKEMBANGAN AGAMA ISLAM

 

Berdasarkan statistik, majoriti belia Islam di New Zealand berumur 15 hingga 29 tahun mendakwa mereka memerlukan tempat yang selamat untuk berkumpul dan melakukan aktiviti bersama. Mereka sedang mencari platform dalam mengembangkan kemahiran mereka dan yang lain dengan nilai-nilai Islam sama ada di peringkat tempatan atau antarabangsa.

 

Memandangkan Islam adalah salah satu agama yang paling pesat berkembang di New Zealand, kami telah memutuskan untuk membina Pusat Pembangunan Belia MyFundAction (MYDC) di Queenstown, New Zealand. MYDC ialah Pusat Belia Islam Pertama di New Zealand di mana ia akan dibuka kepada semua kaum dan agama kerana kami bertujuan untuk menyebarkan ilmu Islam kepada semua tanpa batasan.

 

 

‘Sambil menyelam minum air’

Pelancong yang datang ke New Zealand bukan sahaja dapat menerokai keindahan New Zealand tetapi juga dapat mempelajari serba sedikit tentang Islam. Selain itu, Islamophobia juga dapat dielakkan seperti di dalam bangunan MYDC, terdapat satu kawasan yang dinamakan sebagai ‘Wall of Islam History.’ Dengan sokongan anda, kami ingin menjadikannya sebagai pusat belia Islam untuk melakukan aktiviti yang sesuai dengan semangat pengembaraan mereka.

 

 

BELIA: PEMIMPIN HARI INI

 

“Dunia yang dipimpin oleh belia dengan intelek yang tajam dan emosi yang mantap mampu untuk membuat perubahan yang kita perlukan hari ini.”

Tidak mustahil untuk mewujudkan pemimpin muda yang mempunyai kepekaan dan kecerdasan. Mereka ini boleh memperoleh kemahiran kepimpinan yang luar biasa jika mereka diberi arahan yang betul dan mempunyai keazaman untuk berbuat demikian.

 

Dunia yang diterajui oleh anak-anak muda dengan intelek yang tajam dan emosi yang mantap mampu untuk membuat perubahan yang kita perlukan hari ini. Mereka adalah pemimpin yang boleh menjadi batu loncatan kepada kejayaan kita suatu hari nanti.

 

Berdasarkan perbincangan dengan belia Islam tempatan di New Zealand, mereka sedang mencari platform yang memberi impak lebih besar kepada pembangunan diri yang boleh memperkasakan semangat dan kemahiran mereka dengan nilai-nilai Islam.

Sokongan anda untuk bantu bina MYDC akan menyediakan persekitaran pembelajaran yang selamat yang boleh memanfaatkan ratusan bahkan ribuan belia untuk tahun-tahun akan datang — dan akhirnya membina komuniti yang lebih kuat.

 

Sertai kami dalam usaha menyebarkan Islam ke New Zealand. Gabungan usaha kita sangat berharga dalam memastikan aktiviti dakwah mereka dapat dilakukan secara berterusan.

 

Setiap orang yang menerima Islam dan mengamalkannya akan mendapatkan manfaat yang besar. Semoga Allah menerima amalan kita walaupun kita sudah tinggalkan dunia, dan semoga Dia terus merahmati dan mendapat JannahNya, In Sha Allah.

Support MYDC: Pusat Belia Islam Pertama

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:

THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support MYDC: Pusat Belia Islam Pertama Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)