MyFundAction

Ongoing

Wakaf Pusat Komuniti Islam Buat Muslim Di New Zealand

Educational Needs Campaign

Cabaran Melangsungkan Akidah Dan Ibadah Di Bulan Ramadan

Selamat Tinggal Ramadan 🙁

 

 

Pertama-tamanya, saya minta maaf pada awak andai emel & SMS yang saya hantarkan kebelakangan ini menganggu awak.

 

 

Mungkin awak rasa terganggu, rasa dipaksa, rasa bosan dengan emel dan SMS yang kami hantarkan.

 

 

Jauh di sudut hati paling dalam, saya minta maaf pada awak ya.

 

 

Jika ada patah-patah perkataan yang saya tulis ini mengundang rasa marah, rasa terhina atau merendah-rendahkan awak, saya minta maaf.

 

 

Jika ada barisan huruf atau susunan ayat yang kelihatan seperti mengangkat-angkat diri saya sendiri yang penuh kecacatan ini, ampunkanlah saya.

 

 

Tidak ada walau sekelumit pun niat di hati untuk menganggu awak.

 

 

Tidak pernah walau sekali pun terlintas di fikiran untuk melukakan hati awak.

 

 

Niat saya cumalah ingin berkongsi dengan awak di malam-malam akhir Ramadan ini, moga dengan perkongsian saya yang tidak seberapa ini meniupkan semangat buat awak untuk terus beramal.

 

 

Malam ini merupakan malam ganjil terakhir Ramadan untuk tahun ini. Tersisa lagi satu malam, kemudian berakhirlah satu bulan yang penuh dengan ganjaran dan barakah ini.

 

 

Moga Allah izinkan saya & awak untuk bertemu dengan Ramadan tahun mendatang insyaAllah.

 

 

Sebagai penutup, kami nak ajak awak untuk sama-sama berwakaf untuk pembangunan sebuah pusat dakwah di Queensland, New Zealand.

 

 

Jika di negara-negara yang agama Islam merupakan agama majoriti, sangat mudah untuk kita amalkan ajaran Islam.

 

 

Dekat negara kita contohnya, boleh dikatakan hampir 90% pusat membeli belah ada surau untuk kita menunaikan solat. Stesen-stesen minyak, R&R, dimana-mana pun ada surau.

 

 

Tapi perkara ini tidak berlaku di negara yang agama Islam merupakan agama minoriti.

 

 

 

Mengamalkan ajaran Islam memerlukan kekuatan & mujahadah. Saudara-saudara kita disana terutamanya saudara baru memerlukan sokongan dan dorongan kita untuk terus mengamalkan ajaran Islam.

 

 

Melihat kepada keadaan ini, kita telah mengusahakan untuk membangunkan sebuah pusat dakwah di Queenstown, New Zealand.

 

 

Pusat ini akan menjadi masjid, tempat pengajian, dan tempat untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti harian yang lain untuk menarik orang bukan Islam untuk sama-sama datang dan mendalami lebih lagi tentang agama Islam yang kita cintai ini.

 

Awak berminat tak untuk membantu menyempurnakan misi ini?

 

 

Misi untuk menyelamatkan akidah saudara-saudara baru kita yang diancam dan diserang daripada pelbagai arah.

 

 

NOTA PENTING: AKAD WAKAF

Sebelum meneruskan transaksi wakaf, pastikan anda membaca akad wakaf seperti di bawah:

“Saya dengan ini berwakaf sebanyak (jumlah wang yang diwakafkan) atas nama (niat wakaf atas nama siapa) untuk Muslim Youth Development Center di New Zealand yang dikelola oleh MyFundAction kerana Allah SWT”

 

Support Wakaf Pusat Komuniti Islam Buat Muslim Di New Zealand

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:

THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Wakaf Pusat Komuniti Islam Buat Muslim Di New Zealand Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)