MyFundAction

Cabaran Generasi Kedua sebagai Muslim di New Zealand

 

MyFundAction kongsikan kisah seorang gadis Muslim, Mia, berumur 12 tahun yang hidup dan membesar di New Zealand.

Bagi Adik Mia, membesar sebagai seorang Muslim di Queenstown, New Zealand bukan satu perkara yang mudah 

 

 

Adik Mia sering kali rasa tidak selesa, dipandang dan disoal orang lain lebih-lebih lagi ketika berada di tempat awam.

Semua ini buatkan dirinya rasa berbeza dan sukar untuk sesuaikan diri kerana adanya perbezaan budaya dan agama. 

 

 

Namun begitu, Perbezaan yang dirasakan itulah menjadi pembakar semangat dirinya untuk bergiat gigih dalam aktiviti sukarelawan bersama ibunya di MYDC.

Aktiviti seperti mengedarkan makanan kepada gelandangan, membuka ‘booth’ Al-Quran percuma dan lain-lain.

 

 

Jadi, ini sedikit sebanyak akan dapat menarik orang ramai untuk lebih kenal Islam yang sebenar dan bukanlah seperti yang digambar media barat.

Bayangkan, seorang gadis yang baru berumur 12 tahun, sudahpun aktif dalam menyebarkan dakwah Islam melalui MYDC, MashaAllah.

 

Wakaf Pendidikan Pusat Pembangunan Belia(MYDC)

Alhamdulillah, fungsi MYDC di Queenstown, New Zealand sebagai pusat penyebaran dakwah dan keindahan Islam dapat dimanfaatkan oleh semua tidak mengira umur.

MYDC bukan sahaja menyokong masyarakat Muslim di sana malah bantu membentuk aspek kerohanian mereka.

Jadi, Apa yang MYDC boleh berikan?

  • Membentuk komuniti Islam di New Zealand
  • Menyediakan pendidikan Islam secara percuma
  • Masa depan generasi kedua akan lebih terjaga

 

Insha-Allah selepas ini, Adik Mia dan generasi kedua sepertinya tidak lagi perlu berasa terasing dan keseorangan lagi kerana adanya komuniti Islam di sana.

 

 

Dan Alhamdulillah, hasil pembentukan MYDC ini mendapat sokongan bukan sahaja dari komuniti Muslim malah dari bukan Muslim juga.

 

 

Ayuh semua, kita rebut peluang Wakaf Pendidikan untuk Pusat Pembangunan Belia (MYDC). Semoga hasil usaha ini dapat membentuk komuniti Islam yang lebih besar dan menyebarkan keindahan Islam dengan lebih meluas di New Zealand bahkan seluruh dunia.

 

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support MYDC Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)