Sekolah ini akan lenyap daripada peta dunia jika tidak diselamatkan segera 😥
Saya tertarik untuk berkongsi dengan anda, cabaran anak-anak Muslim yang dibesarkan di Jepun.
Generasi ke-2 ini menjadi Muslim kerana keislaman ibu dan bapa mereka.
Bukan atas pilihan mereka.
Percaya atau tidak, ramai anak-anak muda yang meninggalkan Islam.
Kenapa? Sebab ramai di antara mereka keliru dan tertekan hidup sebagai seorang Muslim di negara Sakura itu.
Puncanya? Kerana mereka tidak mendapat pendidikan agama yang benar.
Di bandaraya Tokyo ini, hanya ada tiga buah sekolah Islam.
Dan satu-satunya Sekolah Islam di Bandar Toshima, Tokyo diancam untuk tutup!
Pemilik bangunan sekolah ini ingin melelongnya dengan harga RM4 juta.
Andai International Islamia School Otsuka ini tiada, maka bilangan sekolah Islam di Jepun nanti hanya akan tinggal dua sahaja.
Sudah pasti, dua buah sekolah takkan mampu menampung lebih 70,000 keluarga muslim di sana.
Justeru, Saya juga terpanggil untuk mengajak anda untuk bersama saya, Fedtri Yahya dalam usaha menyelamatkan pendidikan anak-anak Muslim di Jepun.
Wakaf yang kita berikan, mudah-mudahan asbab hidup kita menjadi tenang dan dakwah di Jepun terus berkembang.
Amin YRA..
#qualityeducation
#Everyonedeservesbetterefuture
#Knowledgedontdiscriminates
We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.
MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.