Ongoing

Otsuka Islamic School

Uplifting Education Campaign

Mari bersama kami hidupkan dakwah di negara matahari terbit

SELAMATKAN AKIDAH ANAK-ANAK ISLAM DI BUMI JEPUN

Islam sudah bertapak di bumi Jepun hampir 130 tahun yang lalu, namun apa yang menyedihkan apabila dakwah Islam tidak bersambung pada generasi muda. Ramai generasi ke-2 di Jepun semakin hilang nilai Islam dalam diri mereka. Masakan tidak, apabila dunia semakin dimomokkan dengan Islamophobia bahkan tiada suasana dan tempat yang membantu mereka untuk terus hidup dalam suasana Islam. 

Ini fakta apa yang berlaku di Jepun:

 

1. Pengamalan nilai agama terhad pada upacara keagamaan seperti perkahwinan dan pengebumian

2. Generasi ke-2 Muslim Jepun menganut agama Islam secara keturunan dari datuk atau nenek bukan pilihan diri sendiri

3. Tiada sistem pembelajaran Islam yang baik 



SEDIAKAN SATU-SATUNYA PUSAT KOMUNITI & KEBUDAYAAN ISLAM DI TOKYO 

Kami melihat ini sebagai satu peluang dan amanah untuk kita sama-sama bantu sebar luaskan dakwah di Jepun

 

MyFundAction dengan kerjasama Japan Islamic Trust sedang berusaha untuk membeli sebuah bangunan tiga tingkat di bandar Tokyo yang akan digunakan sebagai:

 

  • Sekolah Islam Darjah 1-6
  • Kelas Bahasa Arab dan Quran Dewasa dan
  • Pusat Komuniti dan Aktiviti Kebudayaan

 

Tanpa sokongan kita, komuniti Islam tidak dapat mempelajari Islam dengan lebih baik dan jumlah umat Islam di sana akan berkurang.

 

Sudikah anda berkongsi RM 30 untuk satu nama bagi melebarkan dakwah Islam di bumi Jepun?

 

Berwakaflah sebagai persiapan amalan untuk dibawa ke negeri akhirat kelak. Ajak keluarga dan rakan tercinta untuk sertai wakaf Bangunan Sekolah Islam Antarabangsa (International Islamic School Otsuka – IISO)

Firman Allah swt dalam As Saff 61:10-11.

“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh MENYELAMATKAN kamu dari AZAB SEKSA yang tidak terperi sakitnya?(10)

Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu BERJUANG MEMBELA DAN MENEGAKKAN UGAMA ALLAH dengan HARTA benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”(11)

 

Kita boleh juga hadiahkan wakaf untuk atas nama keluarga dan ibu bapa yang telah meninggal dunia. Nilai RM 30 sememangnya kecil, tapi cukup bermakna untuk menyokong aktiviti dakwah di Tokyo, Jepun.

 

Wakaf 1 lot/nama – RM30

Wakaf 2 lot/nama – RM60

Wakaf 3 lot/nama – RM90

Wakaf 5 lot/nama – RM150

 

Semoga Islam mampu tersebar luas di seluruh Jepun serta menghilangkan persepsi negatif terhadap Islam dengan persepsi yang baharu iaitu ISLAM UNTUK SEMUA. Semoga dengan usaha amal jariah ini, kita semua mendapat redha dan rahmat serta pengampunan daripada Allah swt.

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Otsuka Islamic School Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)