MyFundAction

Ongoing

Otsuka Islamic School

Uplifting Education Campaign

5 Hari Lagi Sebelum Sekolah Ini Disita 

Hai Assalamualaikum ,awak apa khabar? Moga-moga awak berada dalam kesihatan yang sempurna, bahagia & gembira bersama keluarga serta sahabat yang tercinta.

 

Alhamdulillah, hasil bantuan awak dan kawan-kawan yang lain, kita telah berjaya mengumpul RM13,000 untuk melunaskan bayaran bangunan International Islamia Otsuka School ini.

 

Tapi masih belum cukup sebenarnya ?

 

Untuk memastikan sekolah ini tidak disita, RM1 Juta perlu dilangsaikan menjelang 1 September ini. Yup, dah tak lama dah ni. Tak sampai seminggu pun sebenarnya.

 

Dekat Jepun ni sebenarnya cuma ada 3 sekolah Islam:

 

  1. International Islamia School Otsuka.
  2. YUAI International Islamic school.
  3. Tokyo IQRA international school.

 

Andai International Islamia School Otsuka ini disita, maka bilangan sekolah Islam di Jepun nanti hanya akan tinggal 2. Awak dapat bayangkan tak bagaimana 2 sekolah ini boleh menampung lebih 70,000 keluarga muslim disana?

 

Ada lebih 200,000 muslim di Jepun pada tahun 2019. Mereka yang menganut agama Islam ini meningkat lebih 10 kali ganda berbanding pada tahun 2010. Dan saudara-saudara baru kita ini, perlukan bantuan dan sokongan daripada kita.

 

Mereka perlukan kita.

 

Dengan serendah RM30, awak boleh berwakaf untuk menyelamatkan sekolah ini daripada lenyap buat selama-lamanya. 

Awak juga boleh berwakaf untuk ibu, ayah serta keluarga tercinta. 

 

Setiap huruf yang mereka belajar, setiap surah yang mereka hafal, setiap rakaat yang mereka laksanakan, pasti ada bahagiannya buat kita semua. Bukan ketika kita masih hidup sahaja, tetapi saat kita telah pergi pun pahala tetap mengalir ke ‘akaun’ kita.

 

Sepertimana sabda Nabi SAW,

 

“Jika seorang manusia mati maka terputuslah daripadanya amalnya kecuali dari tiga perkara; dari sedekah jariah atau ilmu yang diambil manfaatnya atau anak soleh yang mendoakannya.”

Riwayat Muslim (4310)

Moga wakaf awak ini akan menjadi salah satu daripada amalan jariah yang diterima Allah. Amiin.

 

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Otsuka Islamic School Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)