Ramadan tahun ini akan menjadi Ramadan yang sangat berat buat saudara kita di Palestin

Bila mana kita di sini tak sabar menikmati juadah berbuka puasa, lebih 2 juta penduduk di Gaza masih terperangkap di kem yang serba sesak tanpa makanan. Tidak ada satu tempat pun yang selamat. 

Gambar ini sudah cukup membuktikan apa saja yang dapat mereka makan selama hampir 6 bulan dilanda perang tanpa henti. Yazan Sharif Al-Kafarna yang berusia 10 tahun, syahid di Hospital Abu Youssef Al-Najjar, Rafah akibat kekurangan zat makanan. Lihatlah hanya kulit sahaja yang membaluti tubuh anak kecil ini. 

“Allahuakhbar, beratnya hanya 5 kilogram ketika dia syahid hari ini.” 

Bukan sahaja kanak-kanak, orang tua yang tiada kudrat turut menjadi mangsa kebuluran…

Sanggupkah kita biarkan lebih ramai alami nasib sama? 

Terkini, MyFundAction telah mengagihkan makanan panas di beberapa kawasan di Gaza dan akan menubuhkan Central Kitchen yang bertempat di utara Gaza. Seramai 74,000 warga Palestin bakal mendapat manfaat daripada kemurahan hati anda.  

Mungkin apa yang kita berikan ini masih tidak dapat selesaikan isu kebuluran di sana. Setidaknya, usaha kecil kita mampu mengenyangkan saudara Palestin di bulan mulia. 

 

Hanya Allah SWT yang mampu membalas pemberian kalian, setidak-tidaknya jika dihisab di hadapan Allah kelak, kita sudah ada jawapan bagaimana cara kita membela nasib mereka di sana. Jangan lupakan mereka dalam setiap doa-doa kita.

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Palestine Project Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)