Pada tahun 2014, peperangan tercetus antara Palestin dan Israel. UN melaporkan 2251 rakyat Palestin meninggal dunia (70% daripadanya adalah orang awam), 11,231 cedera & 500,000 kehilangan tempat tinggal.
Israel pada ketika itu melakukan jenayah peperangan yang sangat dahsyat. Seluruh dunia mengutuk keras perbuatan mereka menggunakan senjata kimia. Palestin bergegar 7 minggu lamanya.
Mayat bergelimpangan.
Lopak-lopak dipenuhi darah.
Ribuan bangunan musnah.
Lelaki, wanita, orang tua bahkan bayi pun menjadi mangsa kekejaman Israel yang gila.
Dan kesannya tidak terhenti disana.
Sebahagian daripada yang syahid itu, meninggalkan anak dan isteri yang tercinta. Anak dan isteri yang benar-benar mengharapkan kepulangan mereka. Namun yang pulang cuma jasad tanpa nyawa.
Dan salah seorang daripada mereka yang telah syahid pada tahun 2014 dulu adalah ayah kepada Ahmad.
Ahmad lahir pada tanggal 21/07/2014.
Ayahnya syahid pada tanggal 24/05/2014.
Ahmad tidak sempat pun mendengar laungan azan oleh ayahnya.
Ahmad tidak pernah didukung & dikendong ayahnya sendiri.
Ahmad tidak sempat merasa hangatnya kasih & ciuman seorang ayah.
Apa yang pernah kita rasakan daripada seorang ayah ketika menjadi kanak-kanak dulu, langsung tidak sempat Ahmad rasai.
Pasti dan pasti, Ahmad yang comel, baik & bijak ini merasa sedih kehilangan seorang ayah sebelum dia sempat melihat dunia ini. Tetapi Ahmad tidak menjadikan itu sebagai alasan untuk hanyut dalam kesedihan. Hidup perlu diteruskan.
Ahmad merupakan salah seorang pelajar yang memperoleh keputusan yang cemerlang di sekolah. Daripada kad prestasi laporan yang dikongsikan, Ahmad mendapat gred keseluruhan excellent!
Power kan?
Dah besar nanti, Ahmad bagitau yang dia nak jadi engineer.
Macam cita-cita anak-anak dan adik-adik kita juga.
Dan ada 1,812 kawan-kawan Ahmad yang turut berkongsi nasib dan harapan yang sama. Sebahagian mereka kehilangan ayahanda tercinta, sebahagian lagi hilang kasih sayang kedua-duanya.
Tapi mereka tidak pernah mengeluh dan berputus asa.
Kerana jauh disudut hati mereka percaya, bahawa satu hari nanti, Tuhan akan hantarkan insan-insan baik seperti kalian untuk membantu mereka.
Kami mencari anda yang berminat untuk menjadi keluarga angkat buat anak-anak yatim di Palestin ini. Buat Ahmad dan 1,812 rakan-rakan Ahmad yang menanti kita disana.
Kalian jangan bimbang.
Kalian cuma perlu taja kos pendidikan tahunan mereka sahaja, dan semua yang lain kami akan uruskan.
Apa yang kalian terima?
✅ Laporan pendidikan setiap semester.
✅ Sesi ramah mesra secara maya bersama anak-anak angkat.
✅ Sesi ramah mesra bersama keluarga angkat yang lain.
✅ Laporan projek secara berkala.
Seronok kan?
Bayangkan jika anak-anak angkat kita ini satu hari nanti berjaya dan menyumbang semula kepada ummat, berapa banyak bahagian yang akan kita terima!
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
“Orang yang menanggung anak yatim miliknya atau milik orang lain, aku dan dia seperti dua ini (Nabi SAW mengisyaratkan dengan dua jari (jari telunjuk dan jari tengah) baginda SAW) di syurga.” – HR Muslim (2983)
Info tambahan:
Sekiranya anda berminat membiayai kos pendidikan anak angkat Palestin secara bulanan, pembayaran hendaklah melalui kaedah pembayaran Stripe – Credit/ Debit sahaja
We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.
MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.