Ongoing

Ongoing

Peduli Yaman

Economic Empowerment Campaign

Kirimkan Makanan Dan Bekalan Nutrisi Buat Saudara Kita Di Yaman

 

 

Seperti yang kita lihat, kehidupan penduduk di Yaman jauh berbeza dengan kehidupan masyarakat di Malaysia.

Jutaan rakyat Yaman tinggal di kem-kem pelarian, tiada kemudahan asas yang lengkap seperti makanan yang mencukupi dan bekalan air bersih.

Mereka juga berdepan dengan masalah kebuluran yang sangat teruk.

 

 

Kami lihat sendiri, macam mana keadaan anak-anak kecil di sana yang mengalami masalah kekurangan nutrisi sehingga menyebabkan tumbesaran mereka terganggu.

Para ibu di sana tidak mampu membekalkan susu badan yang banyak dan berkualiti kepada bayi mereka akibat kekurangan zat.

Inilah juga antara punca berlakunya kematian dalam kalangan kanak-kanak di Yaman. 

 

 

Kanak-kanak yang sedang membesar sangat memerlukan kalori, protein serta nutrisi yang mencukupi untuk mendapatkan tumbesaran yang baik dan sihat.

 

Apa Kesan Jika Mereka Kekurangan Nutrisi?

 

  • Otot mereka menjadi lemah
  • Tulang mereka menjadi rapuh
  • Pemikiran mereka menjadi tumpul dan tidak cerdas
  • Berkemungkinan akan cacat atau boleh membawa maut

 

“Bayi-bayi itu terlalu lemah untuk menangis, kerana badan mereka terlalu letih akibat kebuluran…”

 

 


 

MyFundAction sekali lagi mengadakan Kempen Peduli Yaman dengan mengagihkan:

  • 100 kotak Food Basket
  • 200 tin susu Yemen Milk (1 kanak-kanak perlu 2 tin sebulan)
  • 100 set Nutritional Supplement

Kepada 100 keluarga kanak-kanak yang bertempat di Salah Camp, Taiz selama 6 bulan.

 

 

 

Bayangkan kegembiraan yang terpampang pada wajah mereka hasil usaha kecil kita ini!

 

 

Food Basket yang diagihkan bukan sahaja akan memberi manfaat kepada jutaan kanak-kanak di sana. 

Malah para ibu juga akan mendapatkan nutrisi yang cukup untuk menghasilkan susu badan yang berkualiti buat bayi mereka. 

 

1 kotak Food Basket (RM250) mengandungi:

  • 25kg Gandum 
  • 5kg Gula
  • 10kg Beras 
  • 3kg Minyak Masak 
  • ½ Paket Kekacang 
  • 900g Susu Tepung

1 set Nutritional Supplement (RM70) terdiri daripada:

  • 400g Ensure Complete (Multi-vitamin)
  • 2kg Pati Kurma 

 

Gabungan susu (Yemen Milk) dengan nutritional supplement ini SANGAT PENTING untuk membantu tumbesaran bayi dan kanak-kanak yang kekurangan nutrisi. 

Mereka memerlukan pengambilan kalori lebih daripada 120-150 kcal sehari untuk mencapai pertambahan berat badan yang sesuai.

Kami harap dengan 2 tin Yemen Milk dan 1 set Nutritional Supplement ini dapat membekalkan vitamin dan mineral yang mencukupi buat kanak-kanak di sana.

 

 

Kami hanya memerlukan 100 orang sahaja yang boleh menaja 1 set keperluan asas kepada 100 keluarga di Yaman untuk bulan ini.

 

 

Namun jika anda tidak mampu, anda juga boleh membuat penajaan berasingan (sama ada Food Basket, Yemen Milk atau Nutritional Supplement).

Ayuh Jiwa Baik, Kirimkan Makanan Dan Bekalan Nutrisi Buat Penduduk Yaman. Semoga dengan agihan ini dapat mengurangkan kadar kematian yang berlaku di sana.

 

 

 


 

FAQ 

1. Adakah MyFundAction NGO yang berdaftar?

Berdaftar di bawah nama Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) dengan nombor pendaftaran PPM-006-14-07052014. Registrar of Societies di bawah Kementerian Dalam Negeri.

 

2. Berapa kos operasi yang diambil oleh MyFundAction untuk sesebuah kempen?

10 %. Boleh refer article of transparency di bawah untuk penjelasan lebih lanjut. Bagi kempen seperti kutipan bagi saudara di Palestin, MyFundAction menyerahkan 100% dana tanpa sebarang ambilan peratus.

https://myfundaction.org/ke-mana-wang-anda-pergi-bersama-myfundaction/

 

3. Adakah MyFundAction diaudit setiap tahun?

MyFundAction diaudit setiap tahun semenjak tahun penubuhannya, 2014. Bagi menjamin ketelusan, kami melantik auditor luaran yang bertauliah dalam urusan audit kami setiap tahun.

 

4. Bagaimana bantuan kempen yang saya sertai akan disalurkan?

Rujuk artikel untuk tahu bagaimana sesebuah kempen beroperasi menggunakan hasil bantuan anda:

https://myfundaction.org/ke-mana-wang-anda-pergi-bersama-myfundaction/

 

5. Bagaimana saya nak tahu perkembangan terkini kempen yang saya bantu?

Untuk mengikuti perkembangan terkini kempen yang anda bantu, anda boleh terus merujuk di akaun media sosial MyFundAction, laman sesawang utama www.myfundaction.org atau hubungi pegawai perhubungan awam kami.

 

6. Kalau saya sokong kempen MyFundAction, ada dapat pengurangan cukai tak?

Ya, bantuan anda layak mendapat pengurangan cukai & kami telah mendapat pengesahan dari Lembaga Hasil Dalam Negeri semenjak 2021.

Rujuk artikel: https://myfundaction.org/tax-deductions-for-donation-made-to-approved-organisation/

 

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Peduli Yaman Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)