MyFundAction

“Gula-Gula Pengganti Susu Formula”

MyFundAction menziarahi seorang ibu bernama Ummu Nadiah di Yaman. Ini cerita beliau..

 

Salam, saya Ummu Nadiah. Alhamdulillah kali ini, saya diberi peluang untuk kongsikan sedikit kehidupan kami yang serba kekurangan sepanjang tinggal di Yaman ini. 

Kehidupan kami memang sangat susah dan daif. Semuanya serba serbi tak cukup.

Lagi pula, saya seorang ibu dan mempunyai beberapa orang anak. Saya bersyukur sangat. Tapi, malangnya anak saya yang masih bayi, sejak lahir lagi sudah sakit.

Saya tahu susahnya menjadi seorang ibu tapi jauh di sudut hati saya, saya rasa saya gagal.

Cuba bayangkan, gula-gula menjadi ‘sumber’ nutrisi bagi bayi di Yaman

Mana tidaknya, setiap kali anak saya lapar, saya hanya mampu menyuap dengan gula-gula saja bukan susu.

Pernah suatu ketika, saya luahkan pada anak rasa kesal saya..

“Maafkan Ibu, Adik…

Maafkan Ibu kerana tak mampu beri kamu susu. Ibu tak sihat…

Maafkan Ibu…Ibu punca adik tak dapat membesar dengan sihat seperti bayi lain. 

Ibu dah berusaha tapi ini saja yang termampu. 

Hanya kanvas buruk yang menjadi tempat Ummu Nadiah sekeluarga berlindung

 

Sayu kan kisah hidup Ummu Nadiah dalam membesarkan anaknya. Ujar beliau lagi;

“Saya harap dengan apa yang saya kongsi ini, ada jiwa baik yang sudi bersama saya dalam membesarkan Nadiah”

Ayuh Jiwa Baik semua, kita bersama-sama kirimkan hadiah kegembiraan buat mereka di Yaman.

Mungkin dengan sokongan anda semua ini, dapat juga mereka keluar daripada penderitaan ini.

 

 

 

 

 

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Peduli Yaman Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)