MyFundAction

“Si Ayah bersedia anak bakal cacat selamanya”

Siapa saja yang tak tahu keadaan di Yaman. Ramai yang serba maklum. Kesusahan mereka, penderitaan mereka.

Kanak-kanak kekurangan zat makanan dan berisiko untuk mati. Bilangannya bukan sikit tetapi ratusan ribu.

MyFundAction kongsikan kisah Yunus, ayah kepada bayi bernama Ilias yang menderita akibat malnutrisi. Disebabkan itu, tulang Adik Ilias sangat lembut dan mudah patah.

“Ayah mana yang bole terima bila dapat tahu anaknya sendiri akan cacat. Saya kesal dengan diri sendiri sebab tak dapat berikan makanan berkhasiat untuk keluarga saya” – luahnya sayu

Yunus hanya bergantung harap kepada upahnya sebagai pengumpul batu lumpur sahaja untuk menyara keluarganya. Tapi itu pun masih belum cukup.

“Kamu tahukan Yaman macam mana? Kami sekeluarga tak dapat makan yang cukup. Susu badan juga ibu Ilias semakin kering sebab tak makan.”

Disebabkan terbeban dengan masalah kewangan, Yunus tidak dapat belikan susu formula buat anaknya Ilias.

Adik Ilias tidak seperti kanak-kanak yang lain. Pergerakkannya sangat perlahan dan terhad.

Menurut doktor, badan Ilias kekurangan zat, tulang rapuh dan perlukan susu formula berkhasiat segera. 

Sayu kankisah seorang ayah yang begitu tabah membesarkan anaknya. Sesungguhnya tiada harapan yang lagi besar bagi seorang bapa melainkan melihat anaknya sihat dan bahagia.

Yaman, Belum Aman…

Ayuh Jiwa Baik semua, kita bersama-sama kirimkan hadiah kegembiraan buat mereka di Yaman.

Mungkin dengan sokongan anda semua ini, dapat juga mereka keluar daripada penderitaan ini.

 

 

 

 

 

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Peduli Yaman Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)