Ongoing

PEDULI YAMAN

Food Security Campaign

JUTAAN PENDUDUK YAMAN KINI DI AMBANG KEBULURAN !

“Krisis di Yaman melibatkan campuran toksik iaitu konflik, keruntuhan ekonomi dan kekurangan dana yang teruk untuk menyediakan pertolongan yang sangat diperlukan.

Namun, ada jalan keluar untuk mengatasi isu kelaparan, iaitu makanan dan menghentikan keganasan,”- Ketua Program Makanan Dunia (WFP), Encik David Beasley

Jumlah kanak-kanak Yaman yang berdepan dengan bahaya maut akibat kekurangan makanan meningkat kepada 400,000 orang, iaitu sebannyak 22 peratus berbanding 2020.

Seolah mimpi ngeri buat hidup kanak-kanak di negara Yaman sejak bermulanya konflik pada bulan Mac 2015. Masa depan kanak-kanak ini sudah dapat dilihat apabila sekurang-kurangnya 10,000 kanak-kanak telah terbunuh atau cedera akibat konflik itu.

Lihatlah fizikal kanak-kanak di sana, terlalu kurus sehingga tulang rangka jelas kelihatan. Sedih apabila mereka sepatutnya cergas namun hanya mampu terlantar berikutan kekurangan makanan dan nutrisi yang diperlukan tubuh. 

Sampai bila mereka mampu bertahan sekiranya tiada yang membantu?

Atas tanggungjawab sesama Muslim, kami di MyFundAction ingin mengajak anda semua untuk bersama-sama kami dalam usaha membekalkan roti dan bekalan makanan buat keluarga Yaman. 

kami mengambil inisiatif untuk membantu mereka dengan mengagihkan bantuan roti kepada 20 keluarga terjejas sebanyak tujuh kali sebulan di Kem Al-Amal di Marib.

  • 1 hari = 35 keping roti x 7 kali
  • 1 bulan = 245 keping roti

Sasaran kami adalah untuk menyediakan sebanyak 245 keping roti bagi satu keluarga dalam tempoh sebulan.

Dengan bantuan rakyat Malaysia, kami mampu mengagihkan 4,900 kampit roti kepada 20 keluarga dalam masa sebulan. 

APA YANG ANDA TUNGGU LAGI? ANDA IALAH HARAPAN TERAKHIR MEREKA!

 

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Peduli Yaman Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)