Pernah anda lihat bayi yang kurus kering sampai nampak tulang akibat kekurangan makanan?
INI FAKTA, BUKAN AUTA!
Pada masa ini, 93% kanak-kanak di Yaman menderita dan memerlukan bantuan kerana keganasan yang terus memusnahkan negara.
Ini bermakna berjuta-juta kanak-kanak menghadapi risiko kematian, kecederaan, kebuluran dan penyakit pada masa ini.
Lihatlah fizikal mereka…
Terlalu kurus sampaikan jelas kelihatan tulang rangka!
Sedih apabila bayi-bayi ini sepatutnya hidup sihat seperti yang lain tapi hanya mampu terlantar berikutan kekurangan nutrisi.
Krisis malnutrisi sentiasa menjadi isu perdebatan di Yaman. Membesar di sana amatlah sukar kerana peperangan seperti tiada titik noktah!
Bantuan kemanusiaan daripada negara lain merupakan satu-satunya talian hayat yang sangat diperlukan bagi ratusan ribu rakyat Yaman yang sedang dalam kelaparan.
Tidak kira lelaki atau wanita, malah kanak-kanak juga masing-masing berjuang untuk kelangsungan hidup semenjak berlakunya krisis di negara tersebut.
Mungkin kais pagi makan pagi, kais petang makan petang relevan dengan kita. Tetapi tidak bagi mereka.
Ditambah pula dengan keganasan melanda yang memusnahkan mata pencarian serta menjejaskan peluang untuk mencari nafkah.
Kami perlukan bantuan anda untuk menguatkan lagi sokongan terhadap tugas kemanusiaan kami.
Mari kita bersama membantu rakyat Yaman keluar daripada penderitaan yang mereka telah alami.
Semoga anda dikurniakan dengan rezeki yang melimpah ruah berkat daripada bantuan anda kepada saudara-saudara kita di sana.
We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.
MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.