Bila sebut Ramadan, sememangnya satu bulan yang sangat dinantikan umat Islam. Tetapi, Ramadan di Afrika tidaklah semeriah yang disangka seperti di Malaysia. Yang ada hanya kesedihan.
Penduduk di sana terpaksa berdepan pelbagai krisis yang melanda. Daripada kemiskinan kepada kebuluran. Ditambah pula dengan cuaca kemarau yang bertambah teruk.
13 juta penduduk Afrika kekurangan bekalan makanan dan bergelut untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Tapi kali ini QC4U MyFundAction agak istimewa kerana bermula tahun ini hingga tahun hadapan, penduduk Afrika akan dibentangkan sepasang sayap . Daripada siapa?daripada kita semua.
Apa maksud sepasang sayap yang dimaksudkan? Ia adalah manfaat yang penduduk Afrika akan terima Pelan Simpanan Korban dan Ramadan.
Sebenarnya banyak lagi manfaat tetapi dua perkara yang disebut ini adalah manfaat utama daripada pelan ini
Setiap bulan, dengan hanya serendah RM70 sahaja selama 10 bulan, anda dapat sempurnakan ibadah korban untuk 1 bahagian lembu.
Bukan itu sahaja, menjelangnya Ramadan pada tahun hadapan, penduduk Afrika dapat menikmati juadah istimewa yang sedap untuk iftar.
Betapa gembiranya perasaan mereka. Ramadan mereka seakan-akan bersinar hasil usaha yang kita berikan.
Ayuh semua ‘Jiwa Baik’, kita rebut peluang keemasan ini dengan mendaftar Pelan Simpanan Korban dan Ramadan Afrika bermula daripada sekarang.
Hubungi nombor yang tertera di bawah untuk sebarang pertanyaan lanjut:
ADMIN QC4U
We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.
MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.