Sebut saja Afrika, pasti ramai tahu betapa sempitnya hidup penduduk di sana. Tak terbayang bagaimana mereka mampu teruskan kehidupan tanpa adanya bekalan makanan yang cukup setiap hari.
Afrika dikategorikan dalam 10 negara termiskin di dunia. Tubuh kanak-kanak di sana hampir kesemuanya kurus kering dan tidak sihat kerana tidak cukup makan dan tiada bekalan nutrisi. Berbeza dengan negara kita.
Di Afrika, ibu bapa kanak-kanak di sana terpaksa menahan lapar setiap hari dan derita. Pilu hati melihat anak mereka tidak cukup zat untuk membesar kerana tidak mampu membuat apa-apa.
Apa yang ada dan boleh dimakan, itulah yang mereka akan makan demi mengalas perut kerana penduduk di sana sangat fakir miskin.
Alhamdulillah, pada setiap tahun MyFundAction telah mengadakan kempen Qurban Care For Ummah(QC4U) dan Afrika adalah antara salah satu negara yang menerima manfaat tersebut.
MyFundAction menyasarkan untuk lakukan qurban di Afrika pada tahun 2023 dengan sasaran sebanyak 1000 ekor kambing buat keluarga fakir di Afrika. Sekurang-kurangnya usaha ini dapat membantu meringankan sedikit beban penduduk di sana yang kebuluran dan memerlukan.
Cuba bayangkan kegembiraan di raut wajah-wajah mereka di Afrika. Tambah pula, pahala hasil usaha kita ini pastinya akan berganda.
Ayuh semua, sempurnakan ibadah korban anda dengan hanya RM650 bagi 1 ekor kambing.
Daging kambing yang anda korbankan itu akan diterima oleh penduduk Afrika yang fakir miskin, dan kekurangan makanan.
Ini peluang keemasan buat kita. Ayuh semua ‘Jiwa Baik’, kita berikan sokongan padu dan mulakan ibadah korban ini daripada sekarang.
Hubungi nombor yang tertera di bawah untuk sebarang pertanyaan lanjut:
ADMIN QC4U
Thank you to all our supporters, we have met our fundraising goal.
We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.
MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.