MyFundAction

Ongoing

Peralatan Perubatan untuk Fahmi

Medical Relief Campaign

Berat badan naik mendadak akibat strok, perlukan pembedahan segera

STROK YANG AKHIRNYA MEMAKAN DIRI

BERAT BADAN NAIK MENDADAK SEHINGGA ‘LUMPUH’ SEPENUHNYA

Mohd Fahmi, 44 tahun diserang penyakit strok sejak tahun 2018. Disebabkan oleh penyakit tersebut, Encik Fahmi hanya mampu terlantar di katil.

 

Sudah jatuh ditimpa tangga, dengan keadaan Encik Fahmi yang sedang sakit, ibu kesayangannya pula pergi meninggalkannya akibat jangkitan COVID–19. Encik Fahmi kehilangan satu – satunya tempat bergantung kerana ibunyalah yang menjaganya ketika sakit.

 

TIDAK MAMPU BERBUAT APA – APA

Lebih menyedihkan, berat badan Encik Fahmi meningkat secara mendadak selepas diserang strok. Encik Fahmi tidak lagi boleh dibawa dengan hanya menaiki kereta kerana beratnya sudah mencecah 240kg. Oleh sebab itu, Encik Fahmi perlu menaiki ambulans ke hospital setiap bulan untuk temu janji doktor.

 

Bukan itu sahaja, Encik Fahmi juga memerlukan bantuan bomba sekiranya ingin perlu beralih dari katil lama ke katil yang baru. Sejak sakit, Encik Fahmi terpaksa bergantung atas ihsan orang lain, terutama sekali daripada anaknya sendiri yang hanya berumur 4 tahun. Keperluan harian Encik Fahmi juga diuruskan oleh anaknya itu.

 

RAWATAN DAN KEPERLUAN TERKINI

Doktor mencadangkan agar Encik Fahmi menjalani rawatan fisioterapi di Pusat Rehabilitasi Melaka untuk menggerakkan semula otot Encik Fahmi. Namun disebabkan berat badannya yang tinggi, doktor memaklumkan bahawa Encik Fahmi perlu menjalani pembedahan membuang usus terlebih dahulu untuk mengurangkan berat badannya.

 

Namun, pembedahan tidak dapat dijalankan atas faktor kewangan. Sudahlah ibu sebagai tempat bergantung sudah tiada, faktor kewangan pula menjadi halangan buat Encik Fahmi untuk kembali sihat seperti dahulu.

 

PROJEK: PEMBEDAHAN USUS ENCIK FAHMI

Oleh itu, kami daripada MyHeart bekerjasama dengan MyFundAction mengambil inisiatif untuk membiayai kos pembedahan usus Encik Fahmi serta keperluannya yang lain. Kami membuka peluang kepada anda untuk berkongsi rezeki bersama kami demi menyelamatkan Encik Fahmi serta pesakit lain sepertinya.

 

Kami menyediakan beberapa pakej bagi memudahkan anda berkongsi rezeki bersama kami:

 

Tabung MyHeart RM500

Tabung MyHeart RM200

Tabung MyHeart RM100

Tabung MyHeart RM50

Tabung MyHeart RM30

 

Semoga dengan rezeki yang anda kongsikan dapat memberi kekuatan buat Encik Fahmi dalam menempuh kehidupannya yang baru kelak. Doakan agar Encik Fahmi dapat kembali pulih seperti dahulu. Amiin.

Support Peralatan Perubatan untuk Fahmi

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:

THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Peralatan Perubatan untuk Fahmi Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)