Ongoing

Ongoing

Uplifting Education Campaign

SATU HURUF AL-QURAN DIBACA

SEPULUH GANJARAN YANG BERMAKNA

Kita mungkin tak mampu untuk ajarkan mereka membaca Al-Quran, tapi kita boleh memudahkan urusan mereka dalam mempelajari Al-Quran.

 

Makluman: Minimum bantuan RM50, anda layak mendapatkan potongan pelepasan cukai dengan syarat resit perlu disimpan.

 

AYUH BERGANDING BAHU MEMBENTUK MASYARAKAT SABAH YANG CELIK AL-QURAN

 

Agak mustahil untuk kebanyakan daripada mereka mempelajari Al-Quran secara atas talian kerana rangkaian jaringan internet yang tidak begitu baik terutamanya di kawasan pedalaman.

Malah rata-rata penduduk di sini berpendapatan sangat rendah dan tidak mampu untuk mengikuti kelas pengajian yang berbayar.

Jadi kami mengambil inisiatif dengan membuka beberapa Pusat Mengaji An-Nur secara PERCUMA khusus buat masyarakat di Sabah. 

 

Pusat Mengaji An-Nur telah beroperasi selama lebih 3 tahun dan mempunyai enam cawangan di Sabah, antaranya:

  • Kg Mesilou, Kundasang
  • Kg Gusi, Ranau
  • Kg Balimbang, Pulau Bum Bum, Semporna
  • Kg Pantai, Panakatan, Keningau
  • Harumanis Alternative School
  • Sulaman Sentral, Kota Kinabalu

Kelas yang disediakan di Pusat Mengaji An-Nur:

  • Kelas Mengaji
  • Kelas Fardhu Ain
  • Kelas Fardhu Kifayah

Mempunyai lebih 500 orang pelajar asnaf yang terdiri daripada pelbagai golongan dan peringkat umur:

  • Kanak-kanak
  • Ibu Tunggal
  • Warga Emas
  • Mualaf 

 

BERSAMA KAMI SEBARKAN DAKWAH BUAT MASYARAKAT SABAH

“Terpaksa jengah melalui tingkap untuk belajar Al-Quran”

 

 

Melihat kesungguhan mereka menuntut ilmu di sini, membangkitkan semangat kami untuk terus berkhidmat agar lebih ramai lagi masyarakat Sabah celik Al-Quran dan mendalami ilmu agama.

Namun, kami amat memerlukan sokongan orang ramai untuk sama-sama menjayakan projek Pusat Mengaji An-Nur.

Kos operasi untuk menampung kesemua pusat mengaji ini sangat tinggi.

 

 

Kami ingin mengajak anda semua untuk bersama kami bagi menampung kos operasi serta memperjuangkan nasib masyarakat Sabah untuk celik Al-Quran dan dapat belajar ilmu agama dengan sebaiknya.

 

Senarai Pakej 

  • Tajaan Keseluruhan Operasi RM500
  • Tajaan Sewa Bangunan & Utiliti RM200
  • Tajaan Tenaga Pengajar RM100
  • Tajaan Fasiliti Pembelajaran RM50
  • Tajaan Seikhlas Hati RM30

 

FAQ 

1.Adakah MyFundAction NGO yang berdaftar?
Nombor pendaftaran Registrar of Societies (ROS) PPM-006-14-07052014 

2. Berapa kos operasi yang diambil oleh MyFundAction untuk sesebuah kempen?
10 %. RUjuk artikel: https://myfundaction.org/ke-mana-wang-anda-pergi-bersama-myfundaction/

3. Adakah MyFundAction diaudit setiap tahun?
MyFundAction diaudit setiap tahun oleh auditor luaran yang bertauliah.

4. Bagaimana bantuan kempen yang saya sertai akan disalurkan?
Rujuk artikel: https://myfundaction.org/ke-mana-wang-anda-pergi-bersama-myfundaction/

5. Bagaimana saya nak tahu perkembangan terkini kempen yang saya bantu?
Ikuti perkembangan di akaun media sosial MyFundAction, laman sesawang utama www.myfundaction.org atau hubungi pegawai perhubungan awam kami.

6. Kalau saya sokong kempen MyFundAction, ada dapat pengurangan cukai tak?
Ya, bantuan anda layak mendapat pengurangan cukai untuk mana-mana projek di dalam Malaysia. 
Rujuk artikel: https://myfundaction.org/tax-deductions-for-donation-made-to-approved-organisation/

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support PMA Sabah Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)