Bila tiba bulan Ramadan, ibulah yang paling sibuk sekali. Tak lelah berusaha untuk memenuhi segala keinginan keluarga tercinta dari sahur sehingga berbuka. Sudah pasti, masakan ibu jadi juadah wajib selain apa yang tersedia di bazar Ramadan.
Namun buat Ummu Zainab, hatinya gusar memikirkan apa juadah untuk disediakan buat keluarganya nanti?
Ini kisah kehidupan sebuah keluarga pelarian di idlib.
Dapur Ummu Zainab tidaklah semewah dahulu. Serba-serbi tiada walaupun secawan tepung. Jarang sekali dapur ini berasap kerana perlu gunakan minyak diesel. Kebiasaannya mereka akan ganti dengan kayu api kerana harganya terlalu mahal dan sukar didapati.
Mereka terputus bekalan makanan lagi-lagi ketika musim sejuk. Tiada tumbuhan untuk menuai hasil tanaman. Tambahan pula serangan Israel baru-baru ini menyukarkan lagi kelangsungan hidup mereka di sini.
Lihatlah wajah gembira anak-anak ini menanti ibu mereka menyiapkan juadah pertama hari tersebut. Syukur tak terkata ketika sukarelawan kami hadir untuk menghadiahkan pek roti dan makanan panas untuk keluarga.
Menahan lapar dan dahaga selama berhari-hari sudah menjadi norma mereka tetapi bukan pada Ramadan kali ini!
Tatkala kita bergembira dapat berbuka bersama keluarga, jangan kita lupakan saudara yang sedang dalam kelaparan. Hanya dengan mengisi perut seorang saudara yang kelaparan sahaja, kita boleh masuk syurga dengan pintu khas.
Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang menjamu makan seorang Mukmin sehingga mengenyangkannya daripada lapar, maka Allah akan memasukkannya ke sebuah pintu syurga (yang khas). Tiada yang memasukinya melainkan orang sepertinya.” (Hadis Riwayat al-Tabarani)
Saya dan MyFundAction mengajak anda menghangatkan Ramadan keluarga pelarian di Idlib, Syria dengan tajaan makanan iftar. Bukan itu sahaja, kita juga memudahkan mereka menjalani ibadah puasa dengan sempurna.
We exist to create a better world by touching many hearts one at a time. MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.
SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.