MyFundAction

Ongoing

Pusat Mengaji An-Nur

Educational Needs Campaign

Rugi Kalau Tak Beli Saham Akhirat Semasa Masih Hidup

KELAS PERCUMA UNTUK ASNAF & MUALAF SABAH

Taja Keperluan Mengaji, Pahala Terus Mengalir Tanpa Henti

Usia tidak menjadi penghalang untuk menuntut ilmu apatah lagi apabila berkaitan agama kerana selagi ada kemahuan di situ pasti ada jalan. 

 

Ada yang berusia 60 tahun, ada pula dalam lingkungan 40-an dan ada yang masih muda remaja, namun semuanya kelihatan tekun mempelajari setiap baris ayat al-Quran di bawah pemantauan dan didikan tenaga pengajar terlatih.

 

Walaupun ada di antara mereka sudah bergelar nenek dan datuk, selagi bernyawa, belum terlambat untuk merebut peluang belajar mengaji al-Quran.

 

Ada juga yang langsung tak kenal huruf!

 

Tidak dinafikan, ramai golongan asnaf dan mualaf di Sabah ramai yang buta huruf. Ada di antara mereka yang langsung tidak boleh mengaji dan tidak mengenal huruf namun semua itu dibantu sepenuhnya tenaga pengajar.

 

Al-Quran perlu dipelajari dengan cara berguru ataupun bertalaqqi. Ini berdasarkan peristiwa di mana Nabi SAW diajar oleh Jibril AS secara bertalaqqi. 

 

Talaqqi bermaksud perjumpaan atau pertemuan. Bahasa yang lebih mudah ialah pengajian ilmu Islam yang disampaikan daripada guru kepada anak murid secara berdepan. 

 

Apa Impak Negatif Buat Golongan Asnaf Dan Mualaf Di Sabah Jika Tidak Dibantu?

 

Ramai daripada mereka sebenarnya berhasrat untuk belajar dan mendalami al-Quran tetapi ada halangan. Jika mereka ini tidak dibantu, mereka bakal berhadapan dengan masalah ini: 

  • Terbiasa salah membaca al-Quran
  • Pemahaman al-Quran terbatas
  • Salah erti kandungan al-Quran
  • Proses pembelajaran al-Quran terbantut

 

Manfaatkan Harta Kita Dengan Membantu Mereka Membaca Al-Quran

 

Sayu hati kami lihat mereka mengaji dan mendalami Islam dalam keadaan serba kekurangan dan tidak selesa. Justeru, kami buka peluang kepada anda yang berminat untuk bantu mereka dari segi: 

  • Sewa Premis
  • Modul Pembelajaran (RM50 untuk seorang)
  • Fasiliti Kelas
  • Utiliti Kelas
  • Elaun Tenaga Pengajar

 

Janji Allah dalam al-Quran iaitu sesiapa yang membelanjakan hartanya di jalan Allah, Dia akan ganti semula dengan ganjaran paling sedikit 10 kali ganda pahala manakala paling banyak adalah 700 kali ganda.

 

Walaupun nilai yang anda laburkan untuk tujuan hanya sebuah modul pembelajaran, tetapi Allah akan membalasnya dengan sebuah istana di dalam syurga pada hari akhirat kelak atas kejujuran serta keikhlasan anda.

 

In shaa Allah bagi mereka yang ada lebihan rezeki dan ingin menabung saham akhirat, inilah peluangnya!

 

“Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” 

(Surah al-Baqarah, ayat 261)

 

Allah SWT Suka Kepada HambaNya Yang Sentiasa Membaca Dan Melazimi Al-Quran

 

Seronok kami lihat mereka ini gembira dan teruja dapat mempelajari al-Quran dengan betul. Tengok sajalah apa yang mereka katakan ni:

 

“Perkara yang saya dapat pelajari dari kelas ini adalah saya dapat mengenali huruf-huruf hijaiyah dengan sebutan yang betul dan dapat baca dengan lebih tepat.”

“Harapan saya ustazah, saya dapat menghafal al-Quran dan menjadi insan yang lebih baik.”

“Saya seronok dapat mengaji dengan betul! Biarpun saya selalu mengaji tapi kadang-kadang ada juga sebutan yang silap.”

 

 

AYUH BERSAMA-SAMA KAMI MEMBANGUNKAN DAKWAH DI BUMI SABAH! 

 

Anda boleh pilih pakej di bawah untuk bantu mereka celik al-Quran:

TAJA PELAJAR RM200

TAJA PELAJAR RM120

TAJA PELAJAR RM66

TAJA PELAJAR RM25

 

InsyaAllah, dengan keikhlasan anda membantu mereka mampu mengukirkan senyuman indah di bibir mereka. Moga-moga dengan bantuan ini, Allah SWT lapangkan rezeki dan hadiahkan ladang pahala buat para dermawan semua. Amin ya rabbal a’lamin.

 

Katakanlah! Sesungguhnya, Tuhanku melapangkan rezeki dan menyekatnya kepada siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-Nya; Dan apa sahaja yang kamu berikan, Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi Rezeki yang terbaik.” 

(Surah Saba’, ayat 34) 

Support Pusat Mengaji An-Nur

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:

THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Pusat Mengaji An-Nur Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)