Qurban Care for Ummah, QC4U adalah projek yang dilaksanakan oleh MyFundAction bagi membantu pengagihan daging qurban kepada ummat Islam yang memerlukan (asnaf) di dalam Malaysia dan juga luar negara.
KEUNIKAN PROGRAM QURBAN CARE FOR UMMAH BERSAMA MYFUNDACTION
✅ Pengurusan ibadah qurban yang profesional dan sistematik menggunakan teknologi retort.
✅ Sebahagian daging qurban diedarkan dalam bentuk daging mentah kepada asnaf, manakala sebahagiannya diproses kepada pek sedia untuk dimakan dan diedar kepada asnaf dan mangsa kebencanaan.
✅ Setiap peserta akan menerima E-Sijil penyertaan beserta gambar dan video qurban.
✅ Setiap peserta qurban Malaysia akan memperoleh 15 pek qurban sedia untuk dimakan bagi setiap pendaftaran qurban.
✅ Hanya lembu gred B dengan berat hidup 230kg – 250kg dipilih dan melalui proses vaksinasi sebelum sembelihan.
✅ Kebersihan proses sembelihan terjaga rapi dengan melakukan sembelihan di rumah sembelih tertutup di bawah kelulusan Jakim dan Jabatan Veterinar.
INOVASI DAGING QURBAN KEPADA PEK SEDIA DIMAKAN
Sebahagian daging akan diagihkan kepada asnaf dalam bentuk daging mentah. Manakala sebahagiannya akan diproses kepada pek sedia untuk dimakan.
1 bahagian qurban dapat menghasilkan lebih kurang 50 pek daging qurban yang sedia untuk dimakan dengan berat 200 gram per pek.
Setiap peserta akan menerima semula sebanyak 15 pek bagi setiap pendaftaran 1 bahagian qurban. Manakala lebihan 35 pek akan diagihkan kepada asnaf atau mangsa bencana.
Untuk sertai ibadah korban melalui program QC4U, anda boleh pilih pakej seperti di bawah:
✅1 Bahagian Lembu = RM800
✅1 Ekor Lembu = RM5600
Jangan risau, tuan/puan boleh berkongsi rezeki dengan menaja Program Pek Qurban dari MYFundAction serendah RM 12. Dengan kempen ini, anda dapat berkongsi rezeki bersama mereka yang memerlukan..
Melalui Program Tajaan Pek Qurban, sebanyak 700 daripada 1000 ekor akan diproses menjadi pek qurban dan pek-pek qurban ini akan dikongsikan kepada insan-insan yang kurang bernasib baik dan memerlukan seperti asnaf, mangsa bencana dan sebagainya dalam usaha meringankan kesukaran yang dihadapi.
Ayuh bantu golongan mereka yang kurang bernasib baik dengan memilih pakej yang tersedia dibawah!
JOM MULAKAN IBADAH QURBAN !
Untuk sertai kami secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah:
Bank: Maybank
Nama: Yayasan Kebajikan Muslim (MYFUNDACTION)
No Akaun: 550510970262
Reference bagi peserta korban: “Daftar Korban”
Reference bagi penaja Pek Korban: “Pek Korban”
“Saya bersetuju untuk mewakilkan MyFundAction untuk Qurban (sila sebutkan nama peserta yang ambil qurban) pada tahun ini 1443H kerana Allah Ta’ala”.
Saya mengesahkan bahawa semua maklumat yang telah saya masukkan di atas adalah benar dan saya akan bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya ada maklumat yang tidak benar.”
Hubungi nombor yang tertera di bawah untuk sebarang pertanyaan lanjut:
CIK ATIKAH
016-2341090
We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.
MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.