SAMADA kita sedar atau tidak, masih ramai lagi insan lain disekeliling kita yang kurang bernasib baik.
Berapa ramai di antara kita yang benar-benar mengambil peduli tentang kesusahan hidup mereka?
Insan seperti golongan asnaf, mangsa-mangsa bencana setiap hari memikirkan tentang nasib yang melanda mereka.
Lagi pula dengan kos taraf hidup yang semakin tinggi, sudah tentu menjelangnya Aidiladha ini, harga barang termasuk makanan seperti daging dan sebagainya pasti meningkat.
Jadi, MyFundAction mengambil inisiatif untuk membantu golongan-golongan ini dengan melancarkan kempen Qurban Care For Ummah(QC4U).
Dari Daging Korban ke Pek Sedia Dimakan, Bersih Dan Mudah
Peserta yang melaksanakan korban bersama kempen MyFundAction,Qurban Care For Ummah(QC4U) secara tidak langsung mereka telah pun berkongsi rezeki bersama mereka yang kurang bernasib baik..
Sebanyak 700 daripada 1000 ekor akan diproses menjadi pek qurban manakala selebihnya akan diagihkan kepada asnaf dalam bentuk daging mentah.
Inisiatif pek qurban ini dijalankan adalah untuk memudahkan insan-insan yang kurang bernasib baik dan memerlukan seperti para asnaf, mangsa bencana dan sebagainya dalam meringankan kesukaran yang dihadapi.
Mereka tidak perlu risau lagi kerana ia sedia dimakan bila-bila masa sahaja tanpa perlu dipanaskan.
Tambahan pula, ianya bersih dan tahan lama. Dengan menggunakan teknologi ‘retort’, satu pek qurban mampu bertahan selama 2 tahun.
Jom berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan dengan menaja ‘pek qurban’ bersama MyFundAction.
Anda boleh pilih pakej seperti yang tertera di bawah:
3 Pek Qurban – RM36
5 Pek Qurban – RM60
10 Pek Qurban – RM120
20 Pek Qurban – RM240
50 Pek Qurban – RM600
Kita bukan sahaja berkorban dengan haiwan ternakan malah kita juga berkorban demi kesenangan orang-orang yang susah.
Allah sangat suka kepada mereka yang suka menggembirakan orang lain.
Rasulullah S.A.W bersabda;
“Orang yang paling disukai Allah ialah orang yang paling bermanfaat kepada orang lain. Amalan yang paling disukai Allah ialah kegembiraan yang engkau hadirkan buat seseorang Muslim…(Hadis Riwayat at-Thabrani)
Untuk menaja secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah:
Bank: Maybank
Nama: Yayasan Kebajikan Muslim (MYFUNDACTION)
No Akaun: 550510970262
Reference: “Pek Korban”
We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.
MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.