Qurban Care for Ummah, QC4U adalah projek yang dilaksanakan oleh MyFundAction bagi membantu pengagihan daging qurban kepada umat Islam yang memerlukan (asnaf) di dalam Malaysia dan juga luar negara.
✅ Pengurusan ibadah qurban yang profesional dan sistematik menggunakan teknologi retort.
✅ Sebahagian daging qurban diedarkan dalam bentuk daging mentah kepada asnaf, manakala sebahagiannya diproses kepada pek sedia untuk dimakan dan diedar kepada asnaf dan mangsa kebencanaan.
✅ Setiap peserta akan menerima E-Sijil penyertaan beserta gambar dan video qurban.
✅ Setiap peserta qurban Malaysia akan memperoleh 15 pek qurban sedia untuk dimakan bagi setiap pendaftaran qurban.
✅ Hanya lembu gred B dengan berat hidup 230kg – 250kg dipilih dan melalui proses vaksinasi sebelum sembelihan.
✅ Kebersihan proses sembelihan terjaga rapi dengan melakukan sembelihan di rumah sembelih tertutup di bawah kelulusan Jakim dan Jabatan Veterinar.
Sebahagian daging akan diagihkan kepada asnaf dalam bentuk daging mentah. Manakala sebahagiannya akan diproses kepada pek sedia untuk dimakan.
1 bahagian qurban dapat menghasilkan lebih kurang 50 pek daging qurban yang sedia untuk dimakan dengan berat 200 gram per pek.
Setiap peserta akan menerima semula sebanyak 15 pek bagi setiap pendaftaran 1 bahagian qurban. Manakala lebihan 35 pek akan diagihkan kepada asnaf atau mangsa bencana.
Untuk menyertai ibadah korban melalui program QC4U, anda boleh pilih pakej seperti di bawah:
✅ 1 Bahagian Lembu = RM800
✅ 1 Ekor Lembu = RM5600
Jangan risau tahun ni kami wujudkan Tabung Qurban Malaysia untuk anda serendah RM400 sebulan. Kini semua impian untuk berqurban boleh tercapai.
Di bawah program QC4U juga, kami ada melancarkan Tabung Qurban bagi memudahkan orang ramai mengerjakan ibadah korban secara digital.
Ayuh bantu golongan mereka yang kurang bernasib baik dengan memilih pakej yang tersedia!
JOM MULAKAN IBADAH QURBAN!
“Saya bersetuju untuk mewakilkan MyFundAction untuk Qurban (sila sebutkan nama peserta yang ambil qurban) pada tahun ini 1443H kerana Allah Ta’ala”.
Saya mengesahkan bahawa semua maklumat yang telah saya masukkan di atas adalah benar dan saya akan bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya ada maklumat yang tidak benar.”
Hubungi nombor yang tertera di bawah untuk sebarang pertanyaan lanjut:
CIK ATIKAH
016-2341090
We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.
MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.