Nak tahu cara mudah buat simpanan korban sambil beramal? Jom laksanakan ibadah 2 dalam 1 dengan Pelan Simpanan Korban & Ramadhan.
Apa Itu Ibadah 2 dalam 1?
Dengan Pelan Simpanan Korban & Ramdhan, kita dapat berkongsi rezeki dengan ummah lagi-lagi bersama mereka yang memerlukan.
Yang menariknya, rezeki yang kita kongsi itu adalah pada bulan Ramadan iaitu juadah iftar istimewa. Sudah semestinya ganjaran yang kita dapat berlipat kali ganda! Ditambah pula dengan niat persediaan kita untuk melakukan korban.
Cuba bayangkan senyuman-senyuman manis di wajah mereka yang memerlukan. Mungkin selama ini mereka belum pernah mereka nikmati suatu juadah yang istimewa. Allahu..
Kali ini, kempen QC4U akan disertakan sekali peluang untuk kita berkongsi rezeki bersama ummah lebih-lebih lagi bersama mereka yang memerlukan pada bulan Ramadan, menerusi kempen SIFU (Special Iftar For Ummah) dalam Pelan Simpanan Korban & Ramadan.
Kempen SIFU ini hanya dilancarkan setahun sekali iaitu pada bulan Ramadan sahaja. Lagi pula, ini sangat sesuai dengan tujuan utama QC4U iaitu untuk menamatkan krisis kelaparan dan membantu mereka yang memerlukan.
Tidak ramai yang tahu, sebenarnya masih ramai lagi insan yang diselubungi kemiskinan dan hidup menderita.
Ada yang ketiadaan wang untuk membeli makanan dan minuman. Ada yang tiada pakaian baru bahkan,ada juga yang tiada rumah untuk berteduh.
Inilah peluang kita untuk bantu mereka walaupun sedikit. Kita juga dapat sempurnakan ibadah korban dengan persediaan awal kita menjelang hari raya Aidiladha akan datang.
Jom ‘Jiwa Baik’ semua, kita rebut peluang ini dengan mendaftar bersama Pelan Simpanan Korban & Ramadan.
Dengan hanya menyimpan serendah RM100/bulan dalam tempoh 10 bulan, anda mampu melaksanakan ibadah korban untuk 1 bahagian daging. Bukan itu sahaja, anda dapat hadiahkan pek iftar istimewa kepada mereka yang memerlukan pada bulan Ramadan.
Bahkan, Rasulullah sendiri menggalakkan umatnya untuk memberi makan kepada orang lebih-lebih lagi kepada mereka yang berpuasa. Seperti disebutkan dalam hadis Nabi SAW;
مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا
“Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa dia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan pahalanya sedikit pun.”
Selain itu, peserta yang menyertai Pelan Simpanan Korban & Ramadan ini akan menerima kelebihan seperti:
Jadi, mulakan ibadah 2 dalam 1 anda daripada sekarang. Semoga dengan usaha ini, Ramadan kita semua akan jadi lebih indah dan ibadah korban kita lebih sempurna.
Hubungi nombor yang tertera di bawah untuk sebarang pertanyaan lanjut:
We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.
MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.