MyFundAction

Ongoing

Hidangan Daging Di Yaman Sempena Raya Aidiladha.

Food Security Campaign

Sedar tak sedar, tinggal sebulan sahaja lagi sebelum kita menyambut hari raya Aidiladha.

Mesti seronok. Orang Yaman pun seronok juga sebabnya masa perayaan ini saja lah mereka dapat merasai nikmatnya juadah daging. Kalau hari-hari lain mungkin tak dapat.

Itu pun kalau mereka terpilih sebagai penerima manfaat. “Setahun sekali pun belum tentu kami dapat makan daging.” luah penduduk Yaman.

Kehidupan mereka susah sangat. Selalunya, untuk Aidiladha, kalau tak dapat beli daging, mereka akan cuba untuk dapatkan ayam sahaja.

Sanggup ke kita biarkan mereka kelaparan?

Jadi, pek qurban inovasi daripada MyFundAction ini sedikit sebanyak dapat bantu mereka. Bagi kami pek ini dapat bertahan lama dan tidak cepat rosak. Sesuai untuk mereka.

“Kalau kami dapat sedikit daging korban sekalipun, kami tak dapat nak simpan lama sebab kami tak ada peti ais dan bekalan elektrik di sini pun selalu terputus.” luah penduduk Yaman lagi.

Sekurang-kurangnya mereka ada sedikit bekalan makanan untuk hari-hari mendatang selepas Aidiladha.

 

Jom Kongsi Rezeki

Betapa susah kehidupan mereka. Jadi, apa kita boleh buat untuk bantu mereka? Kita boleh hadiahkan mereka pek qurban ini.

Mereka pun saudara seIslam dengan kita. Walaupun usaha kita tak banyak tapi siapa tahu, mungkin ia dapat memberikan kegembiraan buat mereka sempena hari raya Aidiladha tahun ini.

Apalah sangat sedikit usaha kita ini kalau nak dibandingkan dengan kesusahan yang mereka alami.

 

 

 

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Qurban Pack / RTE Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)