Sekelip mata keadaan berubah. Doktor sahkan ada masalah jantung berlubang menyebabkan baby Eshal sukar bernafas dan berisiko untuk mati jika tidak dirawat segera.
Baru sahaja 8 hari dilahirkan, baby Eshal terpaksa dikejarkan semula ke hospital akibat bacaan kuning yang tinggi sehingga mencecah 8 mg/dL (normal: 5mg/dL). Hati ibu mana tidak hancur melihat anak yang dikandung 9 bulan menahan sakit. Kini, hanya mampu melihat bayi kecilnya terbaring lemah di katil hospital.
Sewaktu di dalam wad, ibunya perasan dada baby Eshal melekuk ke dalam tiap kali bernafas. Seakan terseksa untuk menghirup udara. Bahkan Baby Eshal juga kerap keletihan selepas menyusu, seakan terpaksa menggunakan tenaga lebih untuk bergerak.
Setelah didiagnosis, doktor mendapati baby Eshal mempunyai masalah jantung yang serius!
Jika tidak, risiko kegagalan jantung dan tumbesaran akan terbantut. Paling teruk, mungkin terpaksa menghadapi kenyataan yang paling ditakuti, iaitu ESHAL AKAN KEHILANGAN NYAWA!
Selain kos pembedahan, berikut merupakan antara keperluan yang diperlukan
KOS KEPERLUAN ESHAL RM45,000
Kos Pembedahan (RM40,000)
RM250/bahagian
RM100/bahagian
Susu Khas (RM3,600)
RM150/tin x 4 tin x 6 bulan
Lampin dan keperluan lain (RM1,400)
RM50/bahagian
*Bantuan berterusan selama 6 bulan
“Barangsiapa yang membantu seorang Muslim (dalam) suatu kesusahan di dunia maka Allah akan membantunya dalam kesusahan pada hari kiamat, dan barangsiapa yang meringankan (beban) seorang Muslim yang sedang kesulitan maka Allah akan meringankan (bebannya) di dunia dan akhirat.” (Riwayat Muslim (2699))
Disclaimer:
1) Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan pesakit dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers.
2) MyHeart dan MyFundAction mempunyai kelulusan untuk Pengurangan Cukai LHDN. Setiap transaksi yang dilakukan oleh individu & sektor korporat adalah layak untuk memohon pengurangan cukai.
3) Jumlah kos keperluan adalah termasuk kos operasi dan penghantaran barangan kepada pesakit.
We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.
MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.