Wakaf Naik Taraf Masjid Otsuka, Jepun

Masjid Otsuka ini sebenarnya telah wujud sejak tahun 1999 lagi. 

Pada waktu itu, dianggarkan cuma 10,000 – 20,000 muslim yang berada dan menetap di Jepun.

Hari ini?

Menurut laporan The Association Of Religion Data Archives (Arda), jumlah umat Islam yang menetap di Jepun telah meningkat lebih 15 kali ganda!

Hampir 300,000 umat Islam menetap di Jepun pada tahun ini.

Dan disebabkan jumlah umat Islam yang meningkat berkali ganda, Masjid Otsuka yang terletak di daerah Tokyo ini terpaksa mengadakan 6 sesi solat Jumaat 😞

Disebabkan kedudukan Masjid Otsuka yang berada di kota metropolitan Tokyo, masjid ini sering dikunjungi oleh pelajar-pelajar universiti, pelancong serta rakyat Jepun yang ingin tahu mengenai agama Islam dengan lebih dalam.

Sejak penubuhannya, puluhan ribu masyarakat non-muslim yang telah menziarahi masjid ini untuk mengenali Islam yang sebenar.

Dan sebahagian daripada mereka, memilih untuk kembali kepada Islam di sini 🥹

Sebab itu, Masjid Otsuka ini perlu dinaiktaraf segera untuk menampung lebih ramai jemaah serta menggencarkan lagi usaha dakwah di negeri matahari terbit ini.

Daripada RM1 Juta yang disasarkan untuk projek wakaf naik taraf Masjid Otsuka ini, hanya tinggal RM200,000 lagi diperlukan untuk memastikan projek naik taraf ini berjaya.

Dan perkara  hampir mustahil dilaksanakan tanpa penglibatan Tuan/Puan.

Kongsikan rezeki hari ini untuk menjayakan pembinaan serta pembesaran Rumah Allah di bumi Jepun ini.

Tuan/Puan boleh memilih pakej wakaf yang ingin dilaksanakan bersama kami: 

Kata Nabi SAW,

“Siapa membina sebuah masjid kerana Allah, sama ada dia kecil atau besar, pastilah Allah akan membinakan untuknya sebuah rumah (istana) dalam syurga ”

[Hadith riwayat Bukhari & Muslim]

p/s: Jangan lupa niatkan pahala wakaf ini untuk ibu & ayah Tuan/Puan juga 🙂 

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Wakaf Masjid Otsuka Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)