Ongoing

Ongoing

Wakaf Pusat Komuniti Belia & Islam

Uplifting Education Campaign

Rebut Pahala Wakaf Usaha Dakwah di Jepun

Mengapa Pusat Komuniti Belia dan Muslim bukan Masjid?

MyFundAction merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang telah ditubuhkan pada tahun 2014, menyediakan platfom pembangunan belia khususnya di dalam usaha untuk melahirkan pemimpin berwibawa. 

Justeru, kami percaya belia adalah sasaran yang tepat untuk berbakti kepada negara dan komuniti. Ini juga antara strategi berkesan untuk meluaskan dakwah Islam kepada non-Muslim di negara minoriti Muslim.

 

Masjid ada tapi kegunaanya terbatas

Menurut kajian yang telah dikeluarkan oleh Waseda University Tokyo, terdapat 113 buah masjid di seluruh Jepun. Namun kebanyakannya tidak besar dan kegunaannya agak terbatas hanya untuk solat dan kelas pengajian Islam.

Oleh itu, pembinaan pusat ini adalah bagi memudahkan komuniti muslim berkumpul dan mengadakan lebih banyak aktiviti, selain menarik belia non-muslim yang mungkin skeptikal untuk memasuki masjid bagi mendekati Islam.

 

Muslim Semakin Ramai, Tapi Bimbingan Tidak Berterusan

Demi menyelesaikan isu ini, pihak MyFundAction ingin membina satu pusat utama kepada perkembangan dakwah dan Islam di bandar Tokyo, Jepun.

Bangunan ini akan menyediakan fasiliti seperti:

> Ruang solat & kelas Ilmu

> Kafe sebagai tempat pertemuaan budaya dan ruang aktiviti

> Bilik meeting untuk sebarang perbincangan

> Ruang terbuka untuk remaja menjalani bimbingan daripada team MyFundAction

> Bilik tumpangan buat para Mualaf yang telah dibuang keluarga

 

Peluang Dakwah di Bumi Sakura

Oleh itu, kami di MyFundAction ingin mengajak anda untuk menjayakan penubuhan MYDC di Tokyo dengan berwakaf.

Kami yakin dengan adanya pusat ini nanti, pelbagai aktiviti keagamaan dapat dijalankan seterusnya memberikan manfaat buat saudara kita di dalam usaha mengukuhkan syiar Islam di sana.

 

.عَنْ أَبِيْ مُوْسَى عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «إِنَّ المُؤْمِنَ لِلْمُؤْمِنِ كَالبُنْيَانِ يَشُدُّ بَعْضُهُ بَعْضًا» وَشَبَّكَ  أَصَابِعَهُ. رواه البخاري ومسلم

Maksudnya:

“Dari Abi Musa dari Nabi SAW., Baginda bersabda, “Sungguh (sebahagian) mukmin kepada (sebahagian) mukmin lainnya seperti bangunan, yang menguatkan sebahagian dengan sebahagian lainnya. Dan Baginda menyilangkan jari-jarinya,”

(HR. Bukhari dan Muslim)

Let's be part of us in this project

This campaign will end in

Days
Hours
Minutes
Seconds
May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:

THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time. MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

Support MYDC Jepun Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)