Ongoing

Ongoing

Special Iftar for Ummah

Food Security Campaign

Terima Kasih Sebab Belanja Adik Rahman & Kawan-Kawan Berbuka

Hai assalamualaikum. Apa khabar? Saya sentiasa doakan awak sentiasa dalam keadaan yang sihat, bahagia dan gembira bersama keluarga yang tercinta.

 

Macam mana bulan Ramadan tahun ni?

 

Pejam celik, pejam celik, dah hampir seminggu kita menjalani ibadah puasa ni kan. Sepanjang bulan Ramadan ni, kita agihkan makanan berbuka Special Iftar for Ummah (SIFU) kepada puluhan madrasah, rumah anak yatim dan rumah kebajikan di seluruh Malaysia.

 

Beberapa hari lepas, kami ada buat program di Rumah Titian Kasih al-Inayah. Masa buat program ni, ada seorang adik ni, baik je. Tolong memasak, mengemas dan kawal adik-adik lain yang masih kecil. 

 

Namanya, Rahman.

 

 

Kami tertarik betul dengan peribadi Rahman ni, jadi kami pun tarik dan temuramahlah dia sekejap dalam selingan masa sebelum makan.

 

Kami tanya pada Adik Rahman,

 

“Untuk puasa kali ni, apa yang Rahman nak sangat?”

 

Awak tahu apa jawapan adik Rahman ni?

 

Rahman jawab,

 

“Daripada kecik, apa yang saya nak la…saya pun nak jugak kasih sayang seorang ibu.”

 

Ya Allah, nak gugur rasa hati bila Rahman jawab macam ni. Air mata mula bergenang di kelopak mata, tapi kami masih tahan supaya tidak gugur di hadapan Rahman.

 

Kemudian Rahman sambung,

 

“Dah berapa tahun saya hidup…selama 16 tahun, jujur saya cakap saya tak pernah raya dengan mak atau ayah saya. Allah dah takdirkan dalam hidup saya, Dia ambil 2 orang dalam hidup saya.”

 

Pada saat ini, air mata tidak dapat ditahan lagi.

 

Ada dalam kalangan kami yang dah mula berpusing ke belakang, menyeka air mata yang tidak mahu berhenti sejak dari tadi. Semakin ditahan, semakin menjadi-jadi.

 

Yang menyoal dari tadi, mati kata. Tak tahu perkataan apa yang patut disua untuk menenangkan hati seorang anak yang rindukan ibu dan ayahnya yang telah tiada.

 

Kami larut tenggelam dalam setiap perkataan dan perasaan yang Rahman kongsikan.

 

“Saya redha, mungkin saya takde mak ayah. Tapi saya ada Ummi (penjaga) yang jaga saya, bagi saya makan, minum. Saya dan kawan-kawan hari ni bersyukur sangat, sebab abang-abang, kakak-kakak datang belanja kami.”

 

Sebenarnya , penghargaan yang adik Rahman berikan bukanlah untuk kami semata-mata, tapi buat awak juga.

 

Kami cuma menjadi wakil yang menyampaikan setiap amanah yang awak berikan untuk menceriakan mereka. Dan kalaulah awak dapat lihat betapa gembiranya mereka pada ketika itu, pasti akan ada air mata awak yang gugur sama seperti kami.

 

Untuk itu, kami sampaikan salam penghargaan daripada adik Rahman, kawan-kawannya dan ribuan lagi individu yang menerima Special Iftar for Ummah ini kepada awak.

 

Terima kasih ya  sudi sama-sama berkongsi rezeki, menerbitkan senyum di wajah mereka.

 

Makanan berbuka ini akan terus diagihkan ke puluhan madrasah, rumah anak yatim & rumah kebajikan di seluruh negara sehingga ke penghujung Ramadan. 

 

Kalau awak berminat untuk taja makanan berbuka buat mereka lagi, boleh klik butang kat bawah ni ya.

 

p/s: terima kasih awak sudi baca sampai habis mesej ni. Moga Allah murahkan lagi rezeki awak sekeluarga 🙂

Let's be part of us in this project

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Special Iftar for Ummah Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)