Rebut Pahala Ramadan Dengan Berkongsi Iftar

Bersama Fedtri Yahya sediakan makanan berbuka untuk  100,500 insan yang memerlukan 

Ini apa yang sedang berlaku di Palestin.  Dengan konflik yang tidak berpenghujung, krisis kelaparan semakin teruk. Keluarga terpaksa berbuka puasa  dengan makanan haiwan untuk terus hidup,

Paling menyedihkan sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak telah mati akibat kebuluran dan ramai lagi yang berhadapan ancaman maut.

Keadaan di Syria juga tidak jauh beza. Sudah berdekad lamanya bergantung kepada bantuan makanan kerana tidak mampu membeli.  Malah sudah ‘berpuasa’ lebih awal berbanding kita semua. 

Mereka tidak mempunyai pilihan selain tidur dalam keadaan lapar setiap malam!

“Kami tiada apa juadah untuk berbuka nanti”

“Saya tiada wang membeli makanan untuk keluarga”

 

Kembalikan Sinar Ramadan Mereka bersama MyFundAction

Kami berbesar hati mengajak anda menyediakan  30 hari iftar percuma sempena Ramadan ini untuk saudara kita di: 

1. Palestin (75,000 pek)


2. Syria (6,000 pek)


3. Afrika (5,000 pek)


Sudah pasti kami tidak lupa mengagihkan juadah iftar kepada keluarga kami di seluruh Malaysia sebanyak 14,900 pek. Antara yang bakal mendapat manfaat adalah asnaf yang kurang berkemampuan, anak-anak yatim serta orang kurang upaya.


Lihat senyuman mereka berkat usaha kita bersama. Kita bukan sekadar memberi juadah buka puasa yang mengenyangkan, tetapi membantu mereka  menjalani ibadah puasa dengan sempurna.

Setiap nilai anda kongsikan amat bermakna untuk saudara kita yang memerlukan. Jangan kita tinggalkan halaman ini tanpa berbuat apa-apa kerana berkat kebaikan anda mampu mengembalikan Ramadan yang terbaik untuk mereka tahun ini. 

مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا

Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuas(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Ramadan Campaign Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)