Rebut Ganjaran 10 Akhir Ramadan

75,000 orang sedang menantikan makanan berbuka daripada anda!

Ini apa yang sedang berlaku di Palestin.  Dengan konflik yang tidak berpenghujung, krisis kelaparan semakin teruk.

Keluarga terpaksa berbuka puasa dengan makanan haiwan untuk terus hidup, ada pula yang berbuka puasa dengan sup rumput!

Paling menyedihkan sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak telah mati akibat malnutrisi dan kebuluran dan ramai lagi yang berhadapan ancaman maut. (Sumber: Kementerian Kesihatan Palestin, Mac 2024)

“Saya tiada wang membeli makanan untuk keluarga”

Saudara kita mula penat, mereka tiada makanan dan minuman hampir 6 bulan.

Jangan kita biarkan lebih ramai yang mati kebuluran.

Kembalikan Sinar Bahagia Buat Saudara Kita

MyFundAction akan mengagihkan iftar makanan panas percuma di kawasan utara Gaza. Seramai 75,000 orang bakal mendapat manfaat daripada kemurahan hati anda.

Untuk #jiwabaik yang menyokong usaha ini, ketahuilah apa yang lebih berharga selain daripada melihat wajah-wajah penerima manfaat ni tersenyum adalah amal yang menjadi saksi buat kita di akhirat insya Allah.

Mungkin apa yang kita berikan ini masih tidak dapat selesaikan isu kebuluran di sana. Setidaknya, usaha kecil kita mampu menggembirakan saudara Palestin di bulan yang mulia.

مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا

Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa

(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)

 

“Siapa yang membebaskan seseorang dari kesusahan dunia maka Allah akan melepaskannya dari kesusahan hari kiamat. Siapa yang memudahkan orang yang dalam kesusahan maka Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat. Siapa yang menutup aib saudaranya yang Islam maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan membantu hamba selagimana hamba membantu saudaranya.”

(Riwayat Muslim)

Kebuluran tidak hanya berlaku ketika Ramadan. Jadi, kami di MyFundAction mengajak anda memilih berkongsi rezeki secara berkala agar kami dapat terus menyalurkan makanan panas buat saudara di Palestin. ?

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness. Support by sharing this campaign with others:
THE STORY OF US

We exist to create a better world by touching many hearts one at a time.

MyFundAction is a non-profit organization runs by Youth that embraces love and passion through volunteerism and entrepreneurship.

SH-G-26, Pangsapuri Perkhidmatan Knox Wawasan, Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
© All Rights Reserved 2021 · MyFundAction · Reg No : PPM-006-14-07052014

Support Palestine Project Campaign Now

May Allah S.W.T rewards you [with] goodness.
(PPM-006-14-07052014)